Peristiwa 13 Mei Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50 : 50 di Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Halan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO , berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu , Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan . Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang negatif sial. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
Di Jinjang , Kepong , kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan . Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur . Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan . Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk . Ketika berkumpul , cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi , tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
REGIMEN RENJER
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang . Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina . Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong biih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap , dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini. PANGGUNG ODEON Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon , di Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal , Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar . Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan. Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak , Kedah , Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM. ANGKA KORBAN Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan . 211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh. DI MANA TUNKU Ketika itu (13 Mei 1969) , Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana . 6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut. Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu , Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat. MAGERAN Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay Dilemma oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara telah diciptakan. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri . Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah . Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula
Nujum Pak Belalang
Pantang undur walau selangkah, demi AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.
www
Monday, May 9, 2011
Monday, April 4, 2011
vidoe clip anwar ibrahim telah di buka. saksikan bab 1
MONDAY, APRIL 4, 2011
Nantikan sambungannya.......
hidup umno hidup melayu
UMNO menjadi parti teras di dalam BARISAN NASIONAL. keadaan sememangnya telah berubah dan umno tidak boleh menyeret bebanan silam untuk menghadapi cabaran hari ini dan masa depan. umno juga perlu dinamik bagi memastikan ia terus relevan. umno akan kekal relevan jika ia dapat mewakili dan seterusnya mempertahankan melayu untuk terus wujud serta bergerak maju seiring dengan peredaraan zaman. umno ada obligasi untuk memastikansurvival bangsa ini kerana tanpa melayu UMNO juga akanpupus dengan sendirinya.
semestinya peninggalan idea dato'onn pengasas UMNO yang melaungkan hidup melayu masih kekal sehingga kini. yang pasti ia lebih daripada sekadar sebuah slogan. ianya terus menjadi BATTLE CRY orang melayu untuk terus survive, untuk melansungkan kehidupan mereka dan untuk mengesahkan kehadiran serta keberadaan mereka. sesungguhnya umno tidak boleh bersikap sepi terhadap pengisian agenda perjuangan melayu yang mencakupi bidang keagamaan, pendidikan , ekonomi dan budaya. dalam sejarah perjuangan umno agenda ini sentiasa menjadi teras dalam setiap langkah yang di atur oleh kepimpinan negara. oleh itu, umno harus memastikan supaya kepentingan perjuangan agenda ini terus di rasai dan di sokong oleh orang melayu.
sehubungan ini, umno harus kembali kepada asas dalam sejarahnya yang relatif panjang itu kerana berangkali sebahagian pemimpim dan ahlinya sudah sedikit alpa mengenai asas perjuangan. barangkali tidak ada lagi bara perjuangan dalam sanubari orang melayu si sebabkan perubahan zaman dan persekitaran. hal ini tidak sesekali harus di biarkan berlaku kerana umno mesti kekal dan utuh bagi memastikan orang melayu terus mendapat perlindungan. perlu di ingat kembali bahawa orang melayu adalah pewaris kepada suatu perjuangan keramat bagi memartabatkan agama bangsa dan tanah air. kalau dahulu hidup melayu melahirkan UMNO. sekarang hidup melayu bererti hidup umno kerana umno tidak mungkin hidup tanpa agneda melayu.
jika parti UMNO di herdik lembab bodoh dan sebagainya oleh parti2 DAP bermakna parti perkauman cina ini mengherdik semua orang melayu di malaysia.beringatlah semua orang melayu. jangan terus lena di buai mimpi indah kenangan zaman berzaman. bangkitlah bersama mempertahankan tanah air ini demi kesejahteraan semua.
TERUS MENYOKONG UMNO ! ! ! nurkilan wan motor...
Friday, April 1, 2011
Pada 3 malam lepas iaitu 29 Mac 2011 di MTD Batu Buruk. PAS sekali lagi telah mengadakan ceramah mereka. Beberapa rakan telah bersama-sama mendengar nyanyian lagu sumbang PAS pada malam itu.
Apa yang ingin nujum katakan ialah betapa PAS sebenarnya berniat jahat dengan melakukan sesuatu konon atas perjuangan, kemudian apabila pihak polis bertindak kerana kebodohan mereka, mulalah mereka menyalak menyatakan kerajaan sebagai zalim.
Ketua pemuda PAS yang kaki pembohong (seperti artikel sebelum ini, mengaku tidak mengenali bapa saudara sendiri) iaitu ADUN Bukit Payong Mohd Nor bin Hamzah dalam ceramah beliau pada malam tersebut telah membangkitkan peristiwa 10 tahun yang lalu di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Antara lain beliau berkata" Umno perlu diganti kerana yang ada pada UMNO ialah "Zalim". Beliau juga menyebut antara lain kezaliman UMNO ialah tragedi di Jalan Sultan Mahmud apabila ada penyokong PAS yang terkena tembakan.
Namun apa yang nujum pak belalang nak bawakan ialah PAS sengaja melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undanng. Angin masih ingat ketika kejadian itu berlaku polis telah meminta mereka bersurai tetapi mereka berdegil. Mereka mahu menunjukkan bahawa merekalah hero.
Sedangkan jika mereka bersurai dengan aman segala kejadian buruk tidak akan berlaku. Angin juga masih ingat kerana kedegilan dan api kejahatan merekalah, sehingga seorang anak muda sanggup membakar jalur gemilang.
Sebenarnya pada hujum, PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.
Pernah nujum terbaca beberapa komen yang mencadangkan agar penyokong turun ke jalanraya. Bahkan dalam ceramah 2 malam lepas juga mereka mencanangkan agar rakyat turun ke jalanraya sebelum pilihanraya umum 13 diadakan iaitu pada Mei 2011 yang dinama BERSIH II.
Antara yang pernah hujum baca....komen-komen dari mereka yang berniat jahat adalah seperti dibawah:
nujum pasti jika nanti pihak polis bertindak PAS akan kembali menyalak menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan zalim. PAS lakukan ini semata-mata untuk mendapat simpati rakyat.
nujum amat berharap agar rakan-rakan tidak terus ditipu oleh makhluk ALLAH jenis sebegini ini. Mereka sengaja melakukan sesuatu yang memudaratkan nyawa dan negara semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka dan keinginan mereka untuk terus duduk di kerusi empuk. Angin nak tanya ketika kejadian di JALAN SULTAN MAHMUD dan BERSIH I, di mana orang-orang yang mencanangkan kebangkitan ini? Apakah mereka sama-sama dibarisan hadapan atau telah lari lesak patat untuk menyelamatkan diri dari pedih gas dan air yang dilepaskan oleh pihak berkuasa???
Fikir-fikirkan...jangan terus menjadi kuda tunggangan untuk memusnahkan keselesaan dan kedamaian negara yang tercinta ini....
Wanita Hilang Jati Diri kerana PAS |
Sedangkan jika mereka bersurai dengan aman segala kejadian buruk tidak akan berlaku. Angin juga masih ingat kerana kedegilan dan api kejahatan merekalah, sehingga seorang anak muda sanggup membakar jalur gemilang.
Inilah kejadian yang paling tidak dapat dilupakan.... Hilang Rasa Sayang pada negara... |
Pernah nujum terbaca beberapa komen yang mencadangkan agar penyokong turun ke jalanraya. Bahkan dalam ceramah 2 malam lepas juga mereka mencanangkan agar rakyat turun ke jalanraya sebelum pilihanraya umum 13 diadakan iaitu pada Mei 2011 yang dinama BERSIH II.
Antara yang pernah hujum baca....komen-komen dari mereka yang berniat jahat adalah seperti dibawah:
nujum pasti jika nanti pihak polis bertindak PAS akan kembali menyalak menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan zalim. PAS lakukan ini semata-mata untuk mendapat simpati rakyat.
nujum amat berharap agar rakan-rakan tidak terus ditipu oleh makhluk ALLAH jenis sebegini ini. Mereka sengaja melakukan sesuatu yang memudaratkan nyawa dan negara semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka dan keinginan mereka untuk terus duduk di kerusi empuk. Angin nak tanya ketika kejadian di JALAN SULTAN MAHMUD dan BERSIH I, di mana orang-orang yang mencanangkan kebangkitan ini? Apakah mereka sama-sama dibarisan hadapan atau telah lari lesak patat untuk menyelamatkan diri dari pedih gas dan air yang dilepaskan oleh pihak berkuasa???
Fikir-fikirkan...jangan terus menjadi kuda tunggangan untuk memusnahkan keselesaan dan kedamaian negara yang tercinta ini....
sumber : angin laut china selatan blogspot com
bermulanya kerjaya baru
assalamualaikum w.b.t
syukur alhamdulillah... rezeki yang diberikan oleh Allah taala kepada saya hari ini tidak pernah saya fikirkan di benak pemikiran saya. manakan tidaknya, hari ini saya menjawat jawatan penolong pegawai hal ehwal dan kebajikan pelajar melaka di mesir di bawah pentadbiran YAYASAN MELAKA milik anak kerajaan negeri melaka. staf di sini semuanya baik-baik melayan saya.
ya allah , aku bsyukur kepadamu kerana engkau telah menberikan rezeki kepadak ku....
usaha dan pengorbanan saya selama 2 tahun lebih ini sangat berbaloi. walaupun saya tidak mempunyai kelulusan diploma mahupun ijazah saya telah membuktikan bahawa pengalaman dan pemikiran rasional mampu memberikan impak di dalam kehidupan hari ini. bukan mudah orang seperti saya yang tidak mempunyai kelayakan di hantar untuk menjawat jawatan tersebut ke MESIR. sebuah negara islam yang mempunyai sejarah tersendiri.
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2orang ini yang membantu saya untuk mendapatkan jawatan ini. pertama, ustaz anuar (seorang patriotik) dan abg shadan (pengarah pelajar dan pekerja antarabangsa yang baru di tukar ke s/u MPAG) dua orang inilah yang bertangungjawab membantu saya untuk mendapatkan jawatan ini... dan tidak lupa kepada abg marwan( pengerusi GPMS dan pegawai khas ketua menteri)
hari ini saya sudah mula bertugas. rasa semangat. bermula sinar kehidupan yang baru buat saya...
love u ALLAH
sayang mak dan ayah. tanpa doa mereka tidak bereti juga...
sayang kengkawan yang banyak membantu...
sayang semua orang..
uuummuuuaaahhhh !!!
assalamualaikum..

Saturday, March 26, 2011
SAH !!! ZAID IBRAHIM MENGAKU AKSI DALAM VIDEO ITU ADALAH ANWAR IBRAHIM !!!
Ada satu hal tentang Datuk Zaid Ibrahim yang banyak daripada kita setujui.Beliau ini jenis cakap lepas dan dikenali seorang yang tidak banyak berdolak dalik. Sebab itu barangkali Datuk T pun terdorong ajak beliau joint sekali tengok video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AGENDA NEWS melaporkan Presiden Parti KITA yang pernah satu ketika jadi orang kanan PKR menulis di dalam blog peribadi dan juga kepada media mengaku secara terbuka sudah tonton video yang kini menjadi bualan ramai.Dari sudut pandangnya beliau percaya lelaki dalam aksi video itu adalah Anwar.
“Ramai yang tanya soalan yang salah juga buat andaian.Isu utamanya adalah apakah video tersebut tulen,” kata beliau.
Menurut Zaid,sekalipun percaya lelaki di dalam klip video itu adalah Anwar beliau tidak dapat menentukan adakah rakaman tersebut benar atau palsu.
Menceritakan dari mula,kata Zaid,apabila kali pertama beliau tahu tentang kewujudan video tersebut (Isnin),beliau sendiri teruja seperti orang lain.Sehari kemudian,beliau menerima panggilan telefon minta beliau hadir menyaksikan tayangan tersebut di mana beliau bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan dua yang lain.Menurut Zaid apabila melihat klip video tersebut,beliau tahu itu Anwar.

UNTUK ARTIKEL LEBIH PANAS
terima kasih TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD !!!
jutaan terima kasih diucapkan ke atas kepekaan bekas perdana menteri malaysia iaitu tun dr mahathir kerana segera memecat DATUK SERI ANWAR IBRAHIM sewaktu ketika dahulu. walaupun sejak sekian lama saya sebenarnya tidak mempercayai tentang penglibatan ANWAR IBRAHIM di dalam kes liwatnya tetapi pada hari ini saya merasakan bahawa anwar ibrahim sebenarnya lebih teruk dengan apa yang saya dapat gambarkan...
walaupun lebih dua tahun ini saya bergiat cergas di dalam alam maya untuk mempertahankan kerajaan yang di pimpin oleh kerajaan barisan nasional, saya belum mempercayai bahawa anwar ibrahim pernah terlibat dengan kes liwat yang di hadapinya. kerana saya berangapan bahawa anwar ibrahim mempunyai pendidikan agama yang baik serta pernah menjadi presiden ABIM. tidak pernah saya jangkakan yang anwar akan terlibat dengan liwat... sebab itu selama dua tahun ini saya tidak pernah menyebut yang anwar adalah seorang peliwat kepada umum.. cuma saya selalu bercakap tentang penolakkan perjuangan parti pembangkang yang di bawa kepada masyarakat malaysia sahaja. saya akan sedaya upaya menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan selalunya melalui facebook dan kadang-kadang melalui blog. saya agak kesal sebenarnya dengan apa yang saya lihat... rupanya2 benar apa yang orang katakan tentang anwar ibrahim ini... hmmmm... apa lah nak jadi dengan pemimpin pembangkang ni...
dulu saya sangat memuji kombinasi 1-2 di antara tun mahathir dan anwar ibrahim semasa mentadbir negara. maklumlah masa itu saya masih lagi di bangku sekolah.. kalau tak silap masih lagi di darjah 5... tapi hari ini saya cukup bencikan anwar ibrahim yang sedang memporak perandakan masyarakat di malaysia kerana beban yang di tangungnya.. rakyat menjadi mangsa kerakusan politiknya yang bercita cita menjadi PERDANA MENTERI !!! geramnya !!!
apa-apa pun saya tetap respect tun M kerana keberaniannya sewaktu mengambil keputusan untuk memecat anwar ibrahim. nasiblah anwar di singkirkan .. kalau tidak dapatlah kita perdana menteri dari golongan seks bebas dan peliwat.
hati-hatilah kita untuk memilih pemimpin yang boleh memimpin dan mentadbir negara kita ini. jangan kita marahkan segelintir wakil rakyat dari kerajaan yang ada hari ini dan kita mengambil keputusan untuk menukar kerajaan dengan memberikan pembangkang untuk mentadbir negara malaysia. jadilah kita sebagai rakyat yang rasional dan sentiasa mempunyai sikap kesyukuran yang tinggi. insyaallah Allah akan terus melindungi negara malaysia dari segala bahana yang bakal mendatang.
marilah rapatkan BARISAN di hadapan bagi terus menyokong UMNO untuk mempertahankan negara islam ini dari di jajah oleh PAKATAN jahat segelintir parti.
nurkilan wan motor

Subscribe to:
Posts (Atom)