www


Tuesday, September 28, 2010

"MUHASABAH DEMI KELANGSUNGAN UMNO"

 Ahli UMNO terutama perwakilan yang hadir pada perhimpunan agung parti kali ini disaran bukan sahaja mendengar ucapan kepimpinan parti serta pembahas yang berucap, malah perlu bermuhasabah secara mendalam apakah UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan masih kekal lagi berkuasa pada pilihan raya umum akan datang jika sikap yang ada hari ini tidak masih berubah.

Exco Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pembangkang sama sekali tidak boleh menghancurkan parti keramat berkenaan tetapi perlu diingat, UMNO boleh hancur dengan tindak tanduk mereka sendiri.

Menurut beliau perbalahan serta sikap mementingkan diri sendiri tidak akan membantu parti malah akan menjadi kudis dan nanah yang bakal merosakkan masa depan parti yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini.

“Pembangkang nak jentik kita tidak boleh…Percayalah. Yang boleh menggoyangkan parti adalah diri kita sendiri.Nak kejar apa lagi. Pilihan raya makin hampir dan rakyat menilai kita. Kita kena buktikan kepada mereka bahawa UMNO telah berubah.

“Kita kena bekerja keras dan bukannya saling bermusuhan sesama kita. Sebab ituah saya ingin mengingatkan semua termasuk diri saya untuk menjadikan perhimpunan kali ini untuk sama-sama kita menilai dan bermuhasabah apa yang sepatutnya,” katanya.

UMNO sekali lagi akan menjadi tumpuan umum apabila akan mengadakan perhimpunan agungnya pada 19 hingga 23 Oktober ini, di PWTC.

Tengku Azman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang seterusnya berkata gerak kerja juga perlu dipertingkatkan bukan sahaja 100 peratus malah 200 peratus.

“Ini juga kita perlu utamakan kerana masa makin suntuk. Gerak kerja juga haruslah bersatu padu dan bukannya secara berasingan dalam usaha menghasilkan satu impak yang positif kepada rakyat khususnya golongan muda.

“Ini adalah untuk semua dan bukannya untuk Presiden arti sahaja kerana UMNO bukanlah hak milik ekslusif sesiapa. Justeru marilah kita sama-sama beriltizam untuk melonjakkan lagi parti demi kesinambungan kejayaan parti,” katanya.

Friday, September 24, 2010

GENERASI MUDA MULA SEDAR...NASIB MELAYU SEDANG DI CATUR..!!!

Apabila berbual dan berbicara tentang"perpecahan melayu"rata2 golongan muda mula merenung jauh sambil menggenggam tangan tanda geram dengan apa yg sedang berlaku...
MELAYU..semakin dicatur masa depanya...dan persoalanya kenapa kita generasi harapan bangsa merelakan bangsa MELAYU..di catur...
Bunga2 perpaduan mula berputik kebelakangan ini..dengan menyahkan fahaman politik dan berpaut di atas dasar keMELAYUan..
Buat kali pertama dalam sejarah..saya menerima kad aidilfitri dari orang kuat PAS dan PKR...jodolnya juga perpaduan.
Ingatlah wahai bunga2 bangsa..kitalah penentu masa depan anak cucu kita..jangan sesekali mudah terbeli dan melacurkan maruah demi sebuah tepukan palsu....biar kita dibenci..tetapi darah yg mengalir dalam tubuh kita darah merah...yakni darah pejuang bangsa....!!!
"BERUBAH SEBELUM REBAH"

TAUBAT LAH NIZAR

UMNO adalah tunggak Barisan Nasional dan Kerajaan yang memerintah sekarang ini. Seandainya kekuatan UMNO goyah maka bangsa-bangsa lain sama ada dari dalam parti komponen BN atau luar akan segera mengambil kesempatan dengan menuntut segalah hak-hak dan keutamaan yang selama ini diberikan kepada bangsa Melayu sebagai bumiputera dan penduduk asal negara.

Kekalahan dibeberapa negeri berikutan kemerosotan sokongan kepada UMNO dan parti-parti komponen BN telah menyemarakkan semangat parti pembangkang yang didalangi bangsa pendatang untuk mendesak kerajaan bagi mendapatkan lebih banyak lagi hak-hak yang selama ini hanya diberikan kepada bangsa Melayu serta peribumi sahaja. Sekiranya UMNO tidak kukuh maka kerajaan terpaksa tunduk kepada permintaan mereka itu.

Antaranya adalah dari Jawatankuasa Suqiu dan antara tuntutannya yang dianggap elstrem adalah:

a) Atasan alasan menggalakan perpaduan, Suqiu meminta dimansuhkan perbezaan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam semua bidang.

b) Atas alasan mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan, Suqiu meninta dipinda Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.

c) Dibawah tajuk Laksanakan Dasar Ekonomi Yang Adil, Suqiu meminta diberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektor termasuk industri penternakan babi.

d) Suqiu juga mahu mahu dihapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan menggantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

e) Dalam tuntutan Laksanakan Dasar Pendidikan yang progresif dan liberal, Suqiu meminta dibatalkan rancangan Sekolah Wawasan dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah cina itu tidk diubah. Suqiu juga mendesak dihapuskan kuota untuk kemasukan ke universiti.

f) Dalam usaha memodenisasikan kampung baru, Suqiu mendesak kerajaan memastikan semua penduduk perkampungan beru diberikan hak milik tanah dengan segera.

1. Apa yang mereka minta dan apa pula yang mereka rela memberikan?

2. Apakah mereka yang menguasai ekonomi ini selalu jujur dengan bangsa Melayu dalam peluang pengagihan ekonomi? Apakah mereka tidak mensabotaj perniagaan bangsa Melayu dan yang kerajaan ujudkan? Masih ingat dengan kedai G-Mart yang dianjurkan oleh Pernas? Kenapa mati? Bukankah mereka yang menguasai pengedaran barangan mensabotaj usaha tersebut? Siapakah mereka itu?

3. Jika jujur mengujudkan bangsa Malaysia dan hendakkan hak sama rata, kenapa perlu pertahankan sekolah bahasa cina? Kenapa tidak ada hanya sekolah berbahasa Malaysia sahaja? Bukankah semua setuju bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa resmi negara?

4. Banyak lagi ketidak jujuran mereka terhadap kita, namun malangnya bangsa kita sendiri yang menjadi musuh dalam selimut dan menjadi dalang memusnahkan bangsa sendiri. Siapa agaknya Si-Kitul dan Raja Mendaliar abad ini?

5. Siapa yang kadang-kadang tidak mempercayai kebolehan bangsa sendiri dalam perniagaan lalu membuka peluang lebih luas kepada bangsa lain? Mungkin kerana adanya sedikit imbuhan @ hadiah @ sumbangan jelasnya RASUAH!

6. bRAVEhEART akan dituduh rasis, tetapi apa yang mereka perjuangkan itu bukankan rasis juga? Apakah kita mesti takut dituduh rasis untuk pertahankan hak bangsa kita dibumi kita sendiri?

sumber dari...http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/11/taubatlah-nizar-kerajaan-ditekan.html

tiga ibrahim


Saya tertarik dengan perjalanan politik Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali. Dalam PRU12 lalu, beliau menang kerusi itu atas sokongan PAS. Selepas beliau mengkritik PAS, beliau dikritik hebat. Sebutlah apa saja gelaran yang tidak diberikan kepadanya. Paling popular, beliau digelar sebagai “katak.”

Dari gelaran negatif itu, hari ini Ibrahim berjaya “reinvent” imejnya sebagai seorang pejuang bangsa Melayu. Beliau mengambil peluang daripada sikap longlai sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terhadap isu-isu Melayu, lalu menjuarainya.

Hari ini bukan sedikit ahli-ahli UMNO menyokong beliau. Malah, bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad pun sudah beberapa kali berucap di pentas Perkasa.

Ini adalah satu contoh bagaimana Ibrahim berjaya “reinvent” dirinya dalam politik negara. Beliau kelihatan cukup relevan dan semua pemimpin parti politik termasuklah UMNO, PKR, MCA, Gerakan, PAS dan DAP bercakap mengenai Ibrahim — hampir setiap hari.


Walaupun penyokong-penyokong PAS mencerca beliau kerana membelakang parti itu, saya tidak terperanjat sekiranya dalam PRU13 nanti PAS akan sekali lagi mendokong Ibrahim seperti dalam PRU12 dulu. Sebabnya mudah, PAS ingin dilihat (khususnya di kalangan pengundi luar bandar) mendokong perjuangan Melayu bagi melawan UMNO. Dalam hal ini, Ibrahim membawa imej sedemikian.


Malah, saya juga tidak terkejut sekiranya selepas PRU13 nanti, Ibrahim dilantik menjadi Menteri. Beberapa tahun lalu, seorang sahabat memberitahu saya bahawa Ibrahim pernah berkata, “Saya ingin menjadi Menteri, walaupun satu hari.”


Selain Ibrahim, ada dua lagi “anak Ibrahim” yang berjaya “reinvent” imej awam dalam politik Malaysia.


Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari seorang anggota establishment yang dibuang parti, menjadi pemimpin pembangkang. Bukan semua orang boleh melakukan sedemikian. Kalau tak percaya, lihatlah apa yang jadi dengan bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang; selepas negeri-negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Mereka langsung tak dilihat sebagai pemimpin pembangkang di negeri-negeri tersebut.

Seorang lagi ialah Dato’ Zaid Ibrahim. Imej awam beliau sudah diketahui. Hari ini beliau bergelut untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid Ibrahim juga sedang “reinvent” imej politiknya. Setelah tewas dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan mungkin akan tewas dalam pemilihan PKR kali ini, Zaid yang dulunya dilihat sebagai seorang yang sombong, angkuh dan keras kepala, akan dilihat sebagai seorang yang cukup merendah diri dan tawaduk. Kekalahan bukan semestinya buruk; paling tidak dalam politik.

Kisah tiga Ibrahim ini mengingatkan saya kepada “48 Laws of Power” yang ditulis oleh Robert Greene and Joost Elffers.
Law 25: Re-Create Yourself
Do not accept the roles that society foists on you. Re-create yourself by forging a new identity, one that commands attention and never bores the audience. Be the master of your own image rather than letting others define it for you. Incorporate dramatic devices into your public gestures and actions – your power will be enhanced and your character will seem larger than life.


petikan dari Nobisha