www


Monday, April 4, 2011

vidoe clip anwar ibrahim telah di buka. saksikan bab 1

MONDAY, APRIL 4, 2011


Nantikan sambungannya.......

hidup umno hidup melayu

UMNO menjadi parti teras di dalam BARISAN NASIONAL. keadaan sememangnya telah berubah dan umno tidak boleh menyeret bebanan silam untuk menghadapi cabaran hari ini dan masa depan. umno juga perlu dinamik bagi memastikan ia terus relevan. umno akan kekal relevan jika ia dapat mewakili dan seterusnya mempertahankan melayu untuk terus wujud serta bergerak maju seiring dengan peredaraan zaman. umno ada obligasi untuk memastikansurvival bangsa ini kerana tanpa melayu UMNO juga akanpupus dengan sendirinya.

semestinya peninggalan idea dato'onn pengasas UMNO yang melaungkan hidup melayu masih kekal sehingga kini. yang pasti ia lebih daripada sekadar sebuah slogan. ianya terus menjadi BATTLE CRY orang melayu untuk terus survive, untuk melansungkan kehidupan mereka dan untuk mengesahkan kehadiran serta keberadaan mereka. sesungguhnya umno tidak boleh bersikap sepi terhadap pengisian agenda perjuangan melayu yang mencakupi bidang keagamaan, pendidikan , ekonomi dan budaya. dalam sejarah perjuangan umno agenda ini sentiasa menjadi teras dalam setiap langkah yang di atur oleh kepimpinan negara. oleh itu, umno harus memastikan supaya kepentingan perjuangan agenda ini terus di rasai dan di sokong oleh orang melayu.

sehubungan ini, umno harus kembali kepada asas dalam sejarahnya yang relatif panjang itu kerana berangkali sebahagian pemimpim dan ahlinya sudah sedikit alpa mengenai asas perjuangan. barangkali tidak ada lagi bara perjuangan dalam sanubari orang melayu si sebabkan perubahan zaman dan persekitaran. hal ini tidak sesekali harus di biarkan berlaku kerana umno mesti kekal dan utuh bagi memastikan orang melayu terus mendapat perlindungan. perlu di ingat kembali bahawa orang melayu adalah pewaris kepada suatu perjuangan keramat bagi memartabatkan agama bangsa dan tanah air. kalau dahulu hidup melayu melahirkan UMNO. sekarang hidup melayu bererti hidup umno kerana umno tidak mungkin hidup tanpa agneda melayu.

jika parti UMNO di herdik lembab bodoh dan sebagainya oleh parti2 DAP bermakna parti perkauman cina ini mengherdik semua orang melayu di malaysia.beringatlah semua orang melayu. jangan terus lena di buai mimpi indah kenangan zaman berzaman. bangkitlah bersama mempertahankan tanah air ini demi kesejahteraan semua. 


TERUS MENYOKONG UMNO ! ! ! nurkilan wan motor...

Friday, April 1, 2011

Pada 3 malam lepas iaitu 29 Mac 2011 di MTD Batu Buruk. PAS sekali lagi telah mengadakan ceramah mereka. Beberapa rakan telah bersama-sama mendengar nyanyian lagu sumbang PAS pada malam itu.

Apa yang ingin nujum katakan ialah betapa PAS sebenarnya berniat jahat dengan melakukan sesuatu konon atas perjuangan, kemudian apabila pihak polis bertindak kerana kebodohan mereka, mulalah mereka menyalak menyatakan kerajaan sebagai zalim.

Ketua pemuda PAS yang kaki pembohong (seperti artikel sebelum ini, mengaku tidak mengenali bapa saudara sendiri) iaitu ADUN Bukit Payong Mohd Nor bin Hamzah dalam ceramah beliau pada malam tersebut telah membangkitkan peristiwa 10 tahun yang lalu di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Antara lain beliau berkata" Umno perlu diganti kerana yang ada pada UMNO ialah "Zalim". Beliau juga menyebut antara lain kezaliman UMNO ialah tragedi di Jalan Sultan Mahmud apabila ada penyokong PAS yang terkena tembakan.
Wanita Hilang Jati Diri kerana PAS
Namun apa yang nujum pak belalang nak bawakan ialah PAS sengaja melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undanng. Angin masih ingat ketika kejadian itu berlaku polis telah meminta mereka bersurai tetapi mereka berdegil. Mereka mahu menunjukkan bahawa merekalah hero.


Sedangkan jika mereka bersurai dengan aman segala kejadian buruk tidak akan berlaku. Angin juga masih ingat kerana kedegilan dan  api kejahatan merekalah, sehingga seorang anak muda sanggup membakar jalur gemilang.

Inilah kejadian yang paling tidak dapat dilupakan.... Hilang Rasa Sayang pada negara...
Sebenarnya pada hujum, PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.


Pernah nujum terbaca beberapa komen yang mencadangkan agar  penyokong turun ke jalanraya. Bahkan dalam ceramah 2 malam lepas juga mereka mencanangkan agar rakyat turun ke jalanraya sebelum pilihanraya umum 13 diadakan iaitu pada Mei 2011 yang dinama BERSIH II.

Antara yang pernah hujum baca....komen-komen dari mereka yang berniat jahat adalah seperti dibawah:




nujum pasti jika nanti pihak polis bertindak PAS akan kembali menyalak menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan zalim. PAS lakukan ini semata-mata untuk mendapat simpati rakyat.

nujum amat berharap agar rakan-rakan tidak terus ditipu oleh makhluk ALLAH jenis sebegini ini. Mereka sengaja melakukan sesuatu yang memudaratkan nyawa dan negara semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka dan keinginan mereka untuk terus duduk di kerusi empuk. Angin nak tanya ketika kejadian di JALAN SULTAN MAHMUD dan BERSIH I, di mana orang-orang yang mencanangkan kebangkitan ini? Apakah mereka sama-sama dibarisan hadapan atau telah lari lesak patat untuk menyelamatkan diri dari pedih gas dan air yang dilepaskan oleh pihak berkuasa???
Fikir-fikirkan...jangan terus menjadi kuda tunggangan untuk memusnahkan keselesaan dan kedamaian negara yang tercinta ini....

sumber : angin laut china selatan blogspot com

bermulanya kerjaya baru

assalamualaikum w.b.t

syukur alhamdulillah... rezeki yang diberikan oleh Allah taala kepada saya hari ini tidak pernah saya fikirkan di benak pemikiran saya. manakan tidaknya, hari ini saya menjawat jawatan penolong pegawai hal ehwal dan kebajikan pelajar melaka di mesir di bawah pentadbiran YAYASAN MELAKA milik anak kerajaan negeri melaka. staf di sini semuanya baik-baik melayan saya.

ya allah , aku bsyukur kepadamu kerana engkau telah menberikan rezeki kepadak ku....

usaha dan pengorbanan saya selama 2 tahun lebih ini sangat berbaloi. walaupun saya tidak mempunyai kelulusan diploma mahupun ijazah saya telah membuktikan bahawa pengalaman dan pemikiran rasional mampu memberikan impak di dalam kehidupan hari ini. bukan mudah orang seperti saya yang tidak mempunyai kelayakan di hantar untuk menjawat jawatan tersebut ke MESIR. sebuah negara islam yang mempunyai sejarah tersendiri.

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2orang ini yang membantu saya untuk mendapatkan jawatan ini. pertama, ustaz anuar (seorang patriotik) dan abg shadan (pengarah pelajar dan pekerja antarabangsa yang baru di tukar ke s/u MPAG) dua orang inilah yang bertangungjawab membantu saya untuk mendapatkan jawatan ini... dan tidak lupa kepada abg marwan( pengerusi GPMS dan pegawai khas ketua menteri)

hari ini saya sudah mula bertugas. rasa semangat. bermula sinar kehidupan yang baru buat saya...

love u ALLAH
sayang mak dan ayah. tanpa doa mereka tidak bereti juga...
sayang kengkawan yang banyak membantu...
sayang semua orang..
uuummuuuaaahhhh !!!

assalamualaikum..