www


Monday, February 28, 2011

Buku Jingga: PAS Sanggup Jadi Kuda Tunggangan PKR

TEMERLOH: PAS kini dilihat sudah semakin terdesak dan dijadikan kuda tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila melancarkan Buku Jingga peringkat kebangsaan di Markas Induk PAS Kerdau di sini, malam kelmarin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata manifesto dan janji yang diketengahkan dalam Buku Jingga itu adalah hasil perancangan PKR, dan ia kini digunakan PAS untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan pilihan raya umum akan datang.
“Buku Jingga itu adalah program ekonomi dalam tempoh 100 hari pembangkang memerintah yang menjanjikan pelbagai perkara tidak realistik dan boleh menyebabkan negara bankrap dalam tempoh kurang tiga bulan jika dilaksanakan. “Ia juga sesuatu yang tidak logik kerana seolah-olah menghina pakar ekonomi dalam Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Kewangan serta lain-lain badan penyelidik ekonomi yang ada dalam negara,” katanya selepas mengadakan lawatan pada program Mesra Rakyat di Kampung Kuala Tekal di sini, semalam.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan mempunyai rekod cemerlang dan berjaya menghadapi krisis ekonomi melanda negara baru-baru ini dengan begitu baik.
Sementara itu, ditanya mengenai provokasi pembangkang yang ketika ini dilihat berterusan meniup api kemarahan rakyat dengan menjadikan Mesir, Tunisia, Turki dan Libya sebagai contoh yang akan mengancam keselamatan negara, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, ketika ini aspek keselamatan negara masih berada pada tahap terbaik.
“Walaupun peralatan pertahanan tidak secanggih beberapa negara, tetapi tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota tentera cukup tinggi.
“Kita harus membezakan situasi yang berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia kerana ia disebabkan pemerintahan seorang pemimpin yang terlalu lama dan ia berbeza berbanding apa yang berlaku di Malaysia,” katanya.

Saturday, February 19, 2011

ANWAR KEPANASAN...

AHLI kimia yang melakukan ujian pemprofilan DNA secara terperinci terhadap sampel daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, Jumaat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.

Dr Seah Lay Hong berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduannya sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Forensik Genetik.

Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.

"Sebagai anggota, saya menerima satu jurnal daripada persatuan itu dan kami di Jabatan Kimia sentiasa mengikut prosedur antarabangsa di makmal, termasuk dalam kes ini," katanya ketika disoal balas peguam Ram Karpal Singh.

Prosiding hari ini (Jumaat) menyaksikan kebanyakan soalan Ram lebih menjurus kepada cara Dr Seah menjalankan analisis terhadap sampel yang diterima daripada polis terutama B5 (sampel dari kawasan sekitar dubur Mohd Saiful Bukhari yang mengandungi campuran air mani mangsa, lelaki 'Y' dan seorang lagi individu tidak dikenali).

Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan 'DNA view' bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.

Ditanya lanjut oleh Ram sama ada kedua-dua perisian itu selalu dikemas kini, Dr Seah berkata kali terakhir ialah pada 2007.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan anggota Parlimen Permatang Pauh, yang didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kepada soalan lain, Dr Seah berkata kedua-dua perisian berkenaan boleh dipercayai, walaupun beliau bukan pakar.

Beliau juga mengakui ada menjalankan penilaian statistik bagi menyokong penemuannya, namun ia tidak diserahkan kepada polis.

"Saya bersetuju bahawa penilaian itu penting, namun dalam kes ini, saya lebih bergantung kepada kaedah pemprofilan DNA yang lebih konklusif," katanya.

Beliau juga bersetuju telah merujuk kepada sampel darah Mohd Saiful yang diterima daripada polis, namun tidak terpengaruh dengannya.

Mengenai saranan Ram bahawa mungkin terdapat sepuluh penyumbang DNA berdasarkan angka yang muncul dalam analisis profil DNA yang disediakannya, Dr Seah tidak bersetuju.

Beliau berkata profil DNA itu perlu dipertimbang secara keseluruhan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Isnin depan.


sumber blog.. ipohmali

Friday, February 18, 2011

Maksiat Kelantan: Nik Aziz Perlu Panggil Ropein Hassan


Perjuangan Nik Aziz ialah perjuangan politik. Mahu mendapatkan kuasa politik dengan alasan mahu memartabatkan Islam. Itu adalah satu alasan yang legitimate.
Setelah 21 tahun memerintah Kelantan, adalah mustahil untuk menidakkan kefahaman eksekutif-eksekutif di Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam tentang pentadbiran secara Islam yang dijalankan oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Dengan status Bandar Raya Islam, MPKB memikul tanggungjawab paling berat berbanding dengan PBT lain di seluruh Malaysia ini. Implikasinya sudah harus disedari.
Bagaimanapun, PAS tidak melihat implikasi itu kerana selama ini kekuatannya ialah pada undi orang-orang Islam. Bagaimanapun semenjak 2008, PAS semakin kuat memancing undi bukan Melayu.
Secara tidak langsung, penguatkuasaan agenda Islam di dalam PAS turut mula di kompromi, bukan sahaja di tempat-tempat seperti Shah Alam tetapi juga di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Kini terdapat dua pendekatan berbeza di dalam perlaksanaan Islam PAS. Secara mudah boleh dikatakan satu ialah pendekatan Nasruddin Tantawi dan satu lagi ialah pendekatan Khalid Samad.
Ketegasan PAS dalam hal-hal moral mula gendur. Dulu PAS mengambil pendekatan keras mengharamkan segala yang haram, sekarang pendekatan PAS ialah pengharaman sesuatu walau di tegas di dalam Al Quran, perlu dilaksanakan berperingkat-peringkat dan disertakan dengan pemahaman yang jelas.
Alasan yang diberikan mudah, UMNO dan Barisan Nasional telah 50 tahun menjahanamkan masyarakat Islam di Malaysia, dan PAS tidak boleh mengubahnya dengan sekelip mata. Tanpa disedari, PAS akhirnya mengambil pendekatan yang dilaksanakan atau di amalkan oleh UMNO dan BN sebelum ini bila berdepan dengan kemelut di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
PAS sedar, dasar yang sama di Kelantan tidak boleh digunapakai di negeri-negeri lain. Di Kelantan sejak 1990, kesemua wakil rakyatnya beragama Islam. Kesemua ahli exconya beragama Islam dan kesemua parti politik yang menang adalah parti politik Islam.
Selepas 2008, barulah PAS menyedari polemik yang di hadapi oleh UMNO di dalam menerajui Malaysia.
Mengapa mahu dibandingkan maksiat di negeri-negeri lain dengan negeri Kelantan? Penyokong tegar PAS harus sedar, mereka sudah berada dalam pakatan pemerintah di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka juga menguasai hampir keseluruhan Wilayah Persekutuan. Apakah kadar maksiat di negeri-negeri dan wilayah itu lebih rendah sejak 2008 berbanding dengan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perlis dan Pahang?
Saya sendiri menyaksikan kerancakan maksiat tumbuh di Selangor dan Pulau Pinang selepas 2008. Pulau Mutiara kini dikenali dengan jolokan Little Hatyai. Dr. Hassan Ali dan Salleh Man perlu berusaha lebih keras mengatasi maksiat yang berleluasa di Selangor dan Pulau Pinang. Atau Hassan Ali boleh letak jawatan sebagai exco dan Salleh Man boleh turun dari jadi ADUN PAS di Pulau Pinang.
PAS sebenarnya sedar kerumitan berkongsi kuasa dengan parti-parti politik yang tidak memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.
Ini juga disedari oleh MPKB Bandar Raya Islam dan diambil kesempatannya oleh segelintir individu-individu tertentu. Menuduh masih terdapat ramai eksekutif warisan UMNO dalam MPKB-BRI yang menyebabkan ia tidak berfungsi seperti dikehendaki adalah kebodohan yang amat sangat.
Selama 21 tahun pelbagai ustaz mendapat tempat di dalam MPKB-BRI bukan kerana mereka berkemahiran atau berpendidikan dalam pengurusan PBT tetapi kerana mereka adalah aktivis atau pimpinan pelbagai peringkat PAS.
Anak Menteri Besar sendiri dan saudaranya sudah beberapa lama menikmati habuan dari MPKB-BRI. Menuduh UMNO masih berkuasa bererti dayus sangatlah Nik Abduh.
Apa yang berlaku ialah, penguatkuasaan peraturan-peraturan moral secara tegas oleh MPKB-BRI akan mengembalikan PAS kepada imej Taliban dan merbahaya kepada order baru politik PAS.
Dahulu PAS menjual partinya kepada orang-orang Islam, jadi taktiknya ialah menakut-nakutkan mereka dengan hukum-hukum Allah. Sekarang PAS turut terpaksa menjual partinya kepada bukan Islam, jadi elemen menakut-nakutkan manusia dengan kisah-kisah ngeri tidak lagi boleh digunakan.
Apapun, Nik Aziz perlu memanggil Ustaz Ropein Hassan, bukan kerana kesalahan memakai kopiah ke pusat maksiat tetapi ada beberapa perkara yang tidak selesai. Jawapan Ustaz Ropein bahawa beliau telah membuka kopiahnya bila sampai ke tempat maksiat boleh diterima dan tidak disanggah oleh mana-mana saksi.
Tetapi Nik Aziz perlu memulakan siasatan mengapa pusat-pusat maksiat tumbuh seperti cendawan di Kelantan sejak kebelakangan ini. Siapakah di belakangnya? Biar ia bermula dengan menyoal jawab MPKB-BRI dan Ropein Hassan

Sunday, February 13, 2011

perjuangan PAS terpesong

sila baca dan renung kenyataan PAS dahulu dan bandingkan dengan tindak tanduk PAS sekarang.saya minta maaf kerana artikel ini terlalu panjang.

1.PAS selama ini bercakap tentang memperjuangkan Negara Islam tetapi pada 25 Jun 2008 semasa sessi perbahasan menjunjung kasih di atas titah Paduk Seri Sultan Perak, ADUN Pasir Panjang telah membuat kenyataan seperti berikut:

“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam. Saya minta pandangan dan jawapan di manakah transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara Islam”

Tidakkah ini menggadaikan prinsip ???

2. Begitu juga tentang soal hudud. Sebelum ini PAS membuat pelbagai tuduhan kepada pimpinan UMNO mengenai hudud. Namun kenapa kini wujudnya perubahan sikap pemimpin PAS sendiri mengenai pelaksanaan hudud apabila hendak mewajarkan kerjasama dengan DAP.

Pada 7 Mac 200, Timbalan Presiden PAS ketika itu, Haji Hadi pernah dilaporkan berkata:

" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000.

Terbaru,Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hudud pada 2 September 2010 dengan jelas menyatakan:

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya”

Tidakkah ini menggadaikan prinsip ???

3. Begitu juga dalam soal pemerintahan. UMNO pernah dikafirkan kerana menjalin kerjasama dengan orang bukan Islam. Buktinya:

Majlis Ulama PAS Kelantan pada Ogos 1963 membuat kenyataan “"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"

Namun demi kepentingan politik apa pula kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pada 12 Mei 1999 “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.”

Tidakkah ini juga namanya menggadai prinsip ???

4.Begitu juga dalam soal Perlembagaan Negara – UMNO dituduh mempertahankan perlembagaan sekular dan Presiden PAS sekarang pada 7 April 1981 telah mengeluarkan amanat yang berbunyi:

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'”

Tidak cukup dengan itu, Mursyidul Am PAS semasa menyampaikan khutbah di Masjd Pengadang Baru Marang pada Oktober 2001 menyebut:

"Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."

Namun hakikatnya dalam Perlembagaan PAS Fasal 6 (11) dengan jelas menyebutkan:

“Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang Negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar”

Tidakkah ini tidak berprinsip namanya ???

Amanat Haji Hadi ini jelas bercanggah dengan Islam sesuai dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Keputusan: 

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -

(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;

(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –

(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan

(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: Diwartakan

Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61)

Akta/Enakmen: M.P.U. 13

Banyak lagi contoh-contoh bagaimana PAS sanggup menggadai prinsip dan mengelirukan masyarakat demi memuaskan nafsu politik parti itu. Natijah daripda kenyataan yang dibuat ia telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

Antara lain:

Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.

Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh “orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad” dan “orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang”. Juga ‘‘sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan”; “tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional” dan “kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”

Himpunan Kenyataan-Kenyataan Nik Aziz

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

HUKUM MENGIKUT RASA

1. PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

2. Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq

3. Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

PERPECAHAN UMMAH

1. Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

MEROSAKKAN AMAL IBADAT

1. Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

1. Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

2. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

1. Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
PENYELEWENGAN ZAKAT

1. PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

DERMA JIHAD YANG JAHAT

1. PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".

PULAU MEMULAU

1. Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

PEMBOHONGAN PAS

1. PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

BERGADUH SURUHAN ALLAH

1. Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).

MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

1. PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

PAS HINA WANITA

1. PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

Tuesday, February 8, 2011

Pembohongan PKR Selangor

PKR telah menguasai kerajaan Selangor sejak 9 Mac 2008. Bermakna hayat kerajaan Khalid Ibrahim sudah menjangkau 3 tahun. 

Dalam tempoh 3 tahun semua manifesto PRU 12 masih belum dilaksanakan. 

Antaranya ialah manifesto ekonomi rakyat ialah : mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan 10 peratus cukai pintu premis commercial. Sampai ke hari ia belum dilaksanakan, jika lambat menjelaskan cukai, penguat kuasa akan mengirimkan surat merah. Jika mencecah 6 bulan mereka akan menampalkan notis untuk menyita rumah. 

Janji kedua ialah untuk menyediakan premis perniagaan yang cukup kepada semua peniaga kecil. Ini juga nampaknya gagal 100 peratus. Malah premis berbentuk gerai yang dibangunkan oleh BN telah dinaikkan kadar sewa. Satu lagi pembohongan Khalid. 

Ketiga ialah janji untuk melatih dan membimbing belia dan beliawanis dalam bidang perniagaan. Juga satu pembohongan. Sila nyatakan jika berjaya. Semua latihan tetap dilaksanakan oleh BN melalui Mara, Fama, PLB dll. 

Keempat ialah skim galakan kepada belia dan dijanjikan sewa minimum yang sangat rendah dengan kerajaan menanggung bil air dan elektrik untuk dua tahun pertama. Ini janji kosong dan tiada siapa pun yang mendapat faedah daripada insentif ini. 

Terakhir PKR menjanjikan satu program bagi rakyat miskin seperti petani dan nelayan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi diatas garis kemiskinan. Nak tanya Khalid, Azmin Ali dan Khalid Gereja. Dah laksanakah? 

Sekarang sibuk pula dengan buku jingga. Setiap guru akan dapat RM 500 sebulan . "Peeeerah Mabuk "