www


Sunday, January 30, 2011

NIK AZIZ mengelarkan masyarakat dun tenang jahiliah

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan tidak selesa dengan kenyataan De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa orang Islam yang mengundi UMNO dianggap sebagai jahiliyah. Ini kerana tindakan Nik Aziz itu katanya akan menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia semakin hilang kepercayaan terhadap perjuangan PAS.




Hadi Awang menjawab penjelasan tersebut setelah berulang kali diacukan soalan tersebut ketika sedang minum petang bersama rakan2 nya di sebuah gerai yang dirahsiakan. Hadi Awang berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan bagi mendengar sendiri penjelasan tersebut kerana kenyataannya sedikit sebanyak akan mengurangkan undi Melayu di Tenang dan seteruskan memberi kesan terhadap keputusan PRU 13.
Hadi Awang satu ketika dahulu pernah menggelarkan mengundi UMNO sebagai kufur berkata, dalam situasi politik hari ini, isu2 yang melibatkan Umat Islam di Malaysia tidak wajar dipesongkan dengan memberi dakwaan2 kotor seperti jahiliyah, kafir dan sebagainya.

Keterbukaan PAS menyokong sebuah parti Non Muslim seperti DAP tidak membawa maksud bahawa PAS menganggap umat Islam yang mengundi UMNO sebagai jahiliyah.



sumber : gelombang rakyat blogspot com

BN menang majoriti bertambah

BN : 6698 (69.1%)
PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735
Rosak : 35
Turn out : 71%



tahniah kepada BARISAN NASIONAL kerana memenangi kerusi N05 tenang dengan majoriti bertambah. cuma kalau kita mengkaji semula di peti undi "pekan labis tengah" BN tewas dengan majoriti yg agak tinggi. kepimpinan BARISAN NASIONAL perlu bersikap lebih berhati hati lagi kepada parti GERAKAN dan MCA yang tidak melakukan sebarang gerakkan untuk memenangkan calon BN di dun tenang. tahniah kepada petugas BARISAN NASIONAL dari semua bahagian...

dan hari ini jelas kita melihat bahawa petugas PAKATAN kencing RAKYAT hilang selepas mengetahui calon mereka telah kalah dan tidak membantu pun masyarakat yang sedang mengalami banjir... hanya petugas BN sahaja yang membantu masyarakat di dalam keadaan banjir sebentar tadi...

tahniah AZHAR MOHD IBRAHIM. adun baru dun tenang.

Wednesday, January 26, 2011

gejala mentaliti hudud

PAS kini mendakwa mereka kini sukar melaksanakan hukum hudud di malaysia. mungkin mereka lpa nak baca artikel yang saya buat ni. dan boleh kaji sendiri benar tau tidak apa yang saya katakan ini benar atau tidak...





malang sekali apabila usaha murni memartabatkan dan melaksanakan agenda keislaman sentiasa sahaja menghadapi pelbagai cabaran serta serangan yang datangnya bukan sahaja daripada musuh-musuh islam malah dari kalangan penganutnya sendiri. inilah akibatnya apabila islam itu tidak di fahami sepenuhnya atau sengaja tidak mahu di fahami atas pelbagai sebab termasuk untuk tujuan kepentingan politik. gelaja yang menyebabkan islam dilihat sebagai agama mundur ini berpunca daripada kejumudan fikiran umat islam itu sendiri. gejala bolehlah di sifatkan sebagai mentaliti hudud.

musuh-musuh islam , terutamanya di barat memomokkan hudud sebagai sesuatu yang zalim dan menakutkan. mereka menyebarkan dakyah bahawa hukum hudud itu adalah bukti bahawa islam itu kononnya kejam dan tidak beperikemanusian. pada masa yang sama, ada pihak di negara ini yang mendakwa memperjuangkan islam, mengunakan hudud sebagai hujah untuk menuduh kerajaan sebagai tidak islam atau anti-islam. golongan ini bersikap demikian semata-mata disebabkan fahaman yang sempit hingga membutakan mata terhadap pelbagai usaha yang di jalankan oleh kerajaan untuk menyuburkan syiar dan dakwah islamiah. maka wujudlah gejala melabel apa yang orang lain buat sebagai tidak islam sekalipun terhadap perkara2 yang diuatamakan oleh agama islam seperti pendidikan dan pembasmian kemiskinan.

gelaja mentaliti hudud ini juga diakibatkan oleh tafsiran sempit oleh golongan yang tidak melihat islam secara keseluruhannya.mereka tidak melihat pembangunan ummah itu sebagai suatu keutamaan kerana bagi mereka , melaksanakan hukum hudud sahaja sudah di kiramenyempurnakan tuntutan hukum syarak yang turut mencakupi pelbagai bidang kehidupan. pelaksanaan hukum hudud yang realistik dan praktikal perlu berasaskan kepada islam secara keseluruhannya. ini bermakna bahawa ajaran islam mestilah dijadikan asas penyelesaian kepada permasalahan dalam semua bidang kehidupan.

apalah ertinya sekadar mahkamah sahaja yang berpegang kepada undang2 islam tetapi institusi lain seperti ekonomi pendidikan budaya dan pelbagai lagi tidak berasaskan islam.  umat islam harus tahu ajaran islam adalah menyeluruh dan lengkap. saling mendukung di antara satu sama lain dan saling menyempurnakan. oleh itu jika hanya sebahagian pengajaran islam di utamakan maka bukan sahaja is tidak akan dapat menghasilkan manfaat sepenuhnya malah kemungkinan akan menambahkan kerumitan kekaburan dalam urusan seharian manusia.

ada pihak yang mendakwa bahawa kelewatan melaksanakan hukum hudud bermakna kerajaan menafikan kewajian pelaksanaan hukum hudud. ini adalah suatu dakwaan yang tidak benar sama sekali. umat islam sememangnya tidak menolak hudud kerana ia adalah suatu hukum atau ketetapan daripada ALLAH TAALA. bagaimanapun sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan banyak perkara yang perlu diambil kira bagi menjamin kejayaan pelaksanaannya termasuk struktur sosial masyarakat di malaysia.

dalam melaksanakan sesuatu peraturan, hendaklah di pastikan supaya aspek lain yang berkaitan dapat di penuhi dan di sempurnakan. DR YUSOF AL QARDHAWI di dalam bukunya bertajuk pelaksanaan syariah tidak logik bagi keadilanislam untuk melaksanakan perintah hukum potong tangan dalam masalah mencuri, sedangkan ada pengabaian dalam pengagihan zakat dan takaful kemasyarakatan , ada penganguran dan ada kezaliman di kalangan anggota masyarakat.

memang ada ayat al quran yang memerintahkan pelaksanaan hukum hudud terhadap orang yang mencuri tetapi terdapat banyak ayat lain yang memerintahkan pembayaran zakat dan berbelanja di jalan ALLAH TAALA. jika setiap yang jahil diberikan peluang belajar , yang mengangur di carikan kerja yang lapar di berikan makanan dan yang diselubungi ketakutan disediakan suasana aman tiadalah ruang bagi orang untuk mencuri melainkan mereka yang tamak ,mahukan kekayaan atas usaha orang lain.

fahamilah konteks di atas agar kita sebagai rakyat malaysia yang sememangnya hidup di dalam keadaan yang majmuk tidak menjadi individu yang mempunyai fikiran yang jumud. HUKUM HUDUD yang di juangkan oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam sebenarnya mengunakan perkara itu demi kepentingan survivor politiknya. marilah kita bersatu atas nama islam. kita menyokong kerajaan dan bersatu padu untuk terus hidup di dalam perpaduan bangsa....

nurkilan wan motor... 
sungguh ramai tokoh-tokoh PKR yang sudah kembali ke pangkuan UMNO semula kerana telah hilang kepercayaan kepada pemimpin agung yang mereka sanjung dahulu iaitu DS ANWAR IBRAHIM. salah satu kepercayaan itu hilang adalah kerana prinsip perjuangan parti PKR yang sudah jauh berbeda dengan permulaan parti ini di tubuhkan. kini hanya yang tinggal hanya orang yang terpinggir di dalam umno kerana kekecewaan di dalam parti di atas sebab kalah di dalam pemilihan parti. 


PKR kini berjuang bukan lagi dengan prinsip asalnya iaitu keADILan rakyat yang selalu di laungkan sejak dahulu lagi selepas anwar ibrahim di sumbatkan di dalam penjara. ahli ahli PKR kini lebih cenderung untuk mendapatkan jawatan dari berkhidmat untuk rakyat. lihat sahaja wakil rakyat mereka bagaimana. semuanya tidak membantu masyarakat. malah menyusahkan rakyat.


-->PERAK di jajah tetapi alhamdulillah sudah di kembalikan tetapi tanah sudah di berikan geran kepada kaum cina selama 999tahun....
-->SELANGOR kini di jajah dan di kuasai oleh pemimpin DAP
--> KEDAH semakin kalut dengan pemimpin PAKATAN RAKYAT berbalah semasa sendiri kerana tiada persefahaman
--> PULAU PINANG kini di bawah cengkaman DAP yang berlagak dan mengunakan kuasa "kuku besi" terhadap rakyat pulau pinang


rakyat fikir2kanlah... jangan kita memberikan sekali lagi peluang kepada PAKATAN RAKYAT yang hanya ingin memegang tampuk pemerintahan sahaja... di dalam masa yang sama mereka menghakis kekuatan orang melayu islam di malaysia

minuman arak di sajikan semasa ceramah cikgu mala?

Ceramah Politik anjuran PAS di Tenang telah dikejutkan dengan hidangan arak di sebuah Kampung Cina di Tenang. Ini diceritakan sendiri oleh salah seorang ahli PAS yang hadir di ceramah tersebut. Beliau yang berang dengan kejadian tersebut mendakwa alasan yang diberikan penganjur ceramah adalah jumlah keseluruhan seramai 150 yang hadir ke ceramah tersebut kebanyakannya berbangsa Cina.



Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Tok Chi mendakwa tindakan penganjur itu sebenarnya mengejutkan beliau dan rakan2 kerana ianya akan mencemarkan imej PAS yang seringkali berkempen mengelak dari perbuatan keji termasuklah minum arak. Ianya juga katanya menafikan apa yang diperjuangkan PAS Selangor yang melarang umat Islam bekerja di premis yang menjual dan menghidang minuman keras tersebut. Kami cuba menangkap gambar beliau akan tetapi beliau meminta jasa baik agar tidak dipamerkan wajahnya.

Tindakan Tok Chi yang marah menyebabkan beberapa Jawatankuasa Program mententeramkan beliau lalu meminta beliau beredar dari ceramah tersebut. Tok Chi sangat kesal dan jika inilah yang dipamerkan pihak jentera, PAS tidak akan dapat menambat hati pengundi Melayu seterusnya perjuangan PAS akan kian tersasar.

Tuesday, January 25, 2011

pengasas PKR labis keluar parti dan masuk MCA.

LABIS: 25 Jan – Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pada Selasa mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MCA kerana hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang itu.
Beliau yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang memegang kad keahlian 00012 itu berkata, keputusannya juga dipengaruhi kerana parti itu juga tidak tetap dengan matlamat dan prinsip perjuangan.
Katanya, sejak penubuhannya 12 tahun lalu parti itu mempunyai pelbagai agenda termasuk reformasi, agenda perubahan, Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia dan Reformasi ke Putrajaya yang dilihat mengelirukan dan tiada matlamat yang tetap.
"PKR sudah tidak ada agenda perjuangan yang tetap. Agenda perjuangan yang mereka ada adalah agenda perjuangan seorang yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana Anwar Ibrahim itu hebat. Di dunia ini tidak ada satu parti, pemimpinnya tidak perlu dipilih dalam proses pemilihan. Dia (pegang jawatan ketua) seumur hidup.
"Dia sebut dia ketua umum, tapi dia bukan ketua umum, dia ketua ketuanan PKR, kerana semua proses pemilihan apa jawatan pun mesti dipersetujui oleh dia dan Majlis Tertinggi parti tidak ada kuasa," katanya pada sidang media di Bangunan MCA, pada Selasa.
Secara simbolik mengistiharkan keluar parti, Lum Yong turut mengoyakkan kad keahliannya dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Sementara itu, Chua ketika menerima borang permohonan bekas pemimpin PKR itu berkata MCA mengalu-alukan hasrat Ng untuk menyertai parti tersebut dan percaya penyertaannya dibuat kerana beliau menyokong agenda perjuangan parti berkenaan.
"Sebenarnya selepas pemilihan parti pada tahun lepas, sehingga Disember tahun lalu, MCA telah terima 17,370 ahli baru. Kita rasa bangga kerana daripada jumlah itu, 60 peratus merupakan golongan belia dan mereka yang berumur bawah 40 tahun," ujarnya.
Beliau berkata MCA bersikap terbuka dan sesiapa sahaja yang berketurunan Tionghoa boleh menjadi anggota parti itu.
Soi Lek berkata penyertaan Ng dalam MCA bakal menghantar satu isyarat yang jelas bahawa parti pembangkang semakin kehilangan pengaruh selepas kejayaan mereka pada pilihan raya umum 2008.
"Kita tidak tawarkan apa-apa jawatan kepadanya. Beliau hanya diterima sebagai ahli biasa. Kami bukan macam parti lain yang menawarkan pelbagai jawatan untuk mana-mana ahli politik menyertai parti mereka," katanya
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan Ng untuk keluar daripada PKR membuktikan bahawa hari ini hampir semua 30 anggota pertama yang juga merupakan pengasas parti itu termasuk dirinya sudah keluar akibat sudah tidak percaya kepada parti.
"Hampir 90 peratus pengasas parti Keadilan itu sudah tidak ada dan antara pengasas parti Keadilan adalah saudara Lum Yong, yang merupakan pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.
"Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi-pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tenang ini kalau pengasas-pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu tentang parti (PKR) baik jangan dengarlah," katanya.

PAS membenarkan penjualan arak.

PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

NONESehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.

Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.



---> dengan ini benarlah apa yang di katakan bahawa PAS hanya melaungkan janji sahaja bahawa ingin melaksanakan hukum hudud. mereka membenarkan penjualan arak di merata-rata tempat. hmmm.... 

INI TUGASAN NASHARUDIN TANTAWI……



Dari raut wajah, dari tuturkata, dari tingkahlaku, rupa2nya ada kenangan yang mengusik jiwa. Nampaknya Normala betol2 menjiwai parti PAS, yang jantan berbini ramai, yang betina pun sama.

Namun harus diingat, Normala bakal diangkat sebagai pemimpin di DUN Tenang. Kalau dia sanggup menduakan bekas suaminya sendiri, apalagi dengan orang2 kampong.

Masihkah anda ingat dengan tindakan kepala militan PAS Nasharudin Tantawi yang bersungguh sungguh menyerang keperibadian calon BN Rohaizad semasa PRK Permatang Pasir kerana berkahwin dua. Kita paham si Nasharudin memang tidak sanggup melihat samada jantan atau betina yang curang kepada pasangan masing2.

Tunggu si Nasharudin
akan round seluruh dunia bersama bekas suami Normala Bonat……..

Monday, January 24, 2011

TIAN CHUA memulakan ceramah dengan memberi "assalamualaikum"

Tian Chua mulakan ucapan Assalamualaikum
LABIS 23 Jan. - Pas terus memberi laluan kepada pentas-pentas ceramahnya untuk membenarkan rakan sekutunya yang bukan Islam mempersenda amalan umat Islam termasuk membaca ayat al-Quran secara salah dalam bahasa Arab dan melafazkan salam 'Assalamualaikum' dalam ucapan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan usaha Pas untuk menunjukkan kepada umum kononnya sekutu politiknya yang bukan Islam kini lebih mendalami Islam.

Terbaru, di atas pentas ceramah kempen Pas di Taman Gunung Emas di sini malam tadi, Pas seolah-olah tidak kisah dan membiarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi salam 'Assalamualaikum' ketika berceramah.

Ketika itu tiada seorang pun barisan pimpinan Pas yang berada di atas dan bawah pentas termasuk Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang bertindak menegur perbuatan Tian Chua itu.

Sebaliknya, pemimpin PKR itu sekali lagi dibiarkan mengucapkan 'Assalamualaikum' ketika mengakhiri ucapannya.

Walaupun perkataan Assalamualaikum itu bermaksud 'sejahtera ke atas kamu' tetapi ia adalah amalan orang Islam untuk memohon kepada Allah supaya melimpahkan sejahtera kepada umat Islam lain yang diucapkan salam itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen pilihan kecil Bukit Gantang namun bacaannya dalam bahasa Arab ternyata tersasar jauh daripada bacaan yang sebenarnya.

Seorang lagi wakil rakyat DAP, Wong Kar Woh juga pernah menyelitkan bacaan ayat al-Quran ketika membahas pembentangan Bajet 2009 negeri Perak.

Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perbuatan Tian Chua itu jelas bermotifkan politik tanpa memikirkan perasaan penganut agama Islam.

"Orang Islam terutama daripada parti pembangkang harus peka dengan perkara-perkara yang berkaitan Islam.

"Jangan gunakan Assalamualaikum untuk tujuan politik, tarik sokongan atau semata-mata untuk meraih undi orang Melayu, ini perbuatan tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas majlis Pertandingan Nasyid dan Penyampaian Bantuan Khas Kepada Sekolah-sekolah Agama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Agama Pekan Ayer Panas di sini hari ini.

Zainal Abidin percaya, Tian Chua hanya menggunakan ucapan salam itu ketika berkempen dan bukan pada hari-hari biasa.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan petugas-petugas Pas yang tidak berani membuat teguran dan seolah-olah 'merelakan' Tian Chua mengucapkan demikian.

PAS di cabar bertanding di 222 kerusi parlimen jika benar di manu menyelamatkan umat islam di malaysia

LABIS 23 Jan. - Pas dicabar bertanding di semua 222 kerusi pilihan raya di seluruh negara sekiranya mereka ingin terus memainkan fatwa bahawa mengundi UMNO adalah haram. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika benar fatwa itu untuk menyelamatkan umat Islam di negara ini, parti pembangkang berkenaan harus berani untuk bertanding di semua kerusi di seluruh negara.

"Mengundi Pas wajib syarie dan mengundi UMNO haram syarie. Itu jelas fatwa politik yang songsang dan amat merbahaya. Ia hanya fatwa politik dan kalau betul mereka begitu, kenapa tidak bertanding di semua kawasan pilihan raya untuk selamatkan semua umat Islam. 

"Kenapa perlu bergabung di tempat tertentu dan bagi DAP bertanding. Apakah di tempat DAP bertanding tidak ada umat Islam? Ia memang hanya fatwa politik songsang dan amat dikesali kerana terus dimainkan pada ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia semasa mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Suria dan Taman Sinar Emas di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Ahmad bukan sahaja mengedarkan risalah mengenai calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, malah turut memberikan senaskhah akhbar Mingguan Malaysia kepada pengundi di rumah-rumah yang dilawatinya.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengulangi 'fatwa' itu bahawa haram mengundi UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika Pas tidak boleh berbuat demikian, memang sah itu fatwa politik sahaja kerana untuk bersekongkol dengan DAP, mereka mengenepikan fatwa tersebut.

Beliau berkata, fatwa yang dibuat Pas sentiasa berubah-ubah semata-mata untuk meraih undi pada pilihan raya. Pada PRK DUN Tenang, Pas mencalonkan calon wanita, Normala Sudirman, 38, bagi menghadapi BN.

"Dulu kata wanita tidak boleh bertanding, tapi sekarang boleh pula. Dulu tak boleh bersama dengan orang bukan Islam, sekarang dia yang berpakat bukan main.

"Dulu tak boleh kerja malam, sekarang ini kalau tak boleh kerja malam, macam mana nak jadi wakil rakyat. Jadi wakil rakyat ini kena kerja siang malam, pagi petang, subuh senja. Kalau tak boleh buat, lebih baik tak payah bertanding," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengundi Tenang supaya tidak terpengaruh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu meletakkan peluang menang pada PRK DUN Tenang 40 peratus sahaja.

Menurutnya, para pengundi di Tenang harus berhati-hati dengan taktik berkenaan yang disifatkannya sebagai 'jerangkap samar' politik Pas untuk meraih undi simpati rakyat.

Beliau berkata, pada mulanya Pas mengatakan hanya bertanding untuk mengurangkan majoriti, kemudian sekadar mendapatkan undi diperoleh seperti pada Pilihan Raya Umum 2008 dan kini hanya menaruh harapan 40 peratus.

PRK Tenang : PAS Makin Terdesak, Sebar Risalah Fitnah

LABIS 23 Jan – Pembangkang di pilihan raya kecil DUN Tenang dilihat semakin terdesak sehingga sanggup memperdaya pengundi dengan membuat penyamaran sebagai petugas jentera Barisan Nasional serta menyebarkan risalah berupa fitnah.
Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan tindakan tidak bermaruah pembangkang itu boleh mengelirukan pengundi serta boleh menyebabkan salah faham di kalangan petugas BN terutaama Wanita UMNO.
“Kami terpaksa membuat laporan polis kerana apa yang berlaku itu adalah suatu pembohongan dan fitnah untuk memecahbelahkan, Wanita UMNO, Barisan Nasional meminta polis menjalankan siasatan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa Kelab Veteran Wanita BN Labis itu tidak wujud, dan bagiamana pula mereka boleh mengedarkan risalah yang kononnya dikeluarkan oleh kelab ini ” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Labis.
Menurutnya, Wanita UMNO menyedari perkara itu apabila diberitahu oleh jentera BN di Kampung Bukit Mambai, bahawa ada pihak yang menyamar sebagai petugas wanita BN menyebarkan risalah berunsur fitnah.
Risalah dihantar dari rumah ke rumah dengan menyatakan Wanita UMNO tidak menyokong calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan menuduh pucuk pimpinan menolak Wanita UMNO kerana tidak mencalonkan wakilnya pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
Haslinda antara yang disebut-sebut sebagi calon menafikan perkara itu dan menyatakan Wanita UMNO menyokong sepenuh keputusan pucuk pimpinan memilih Azahar sebagai calon BN.
“Kumpulan ini datang secara berkumpulan dari rumah ke rumah memakai pakaian yang selalu dipakai Wanita UMNO iaitu bertudung merah dan mengedarkan risalah kepada penduduk di situ.
“Apa yang saya pasti mereka itu bukannya petugas Wanita UMNO, saya kenal dengan jentera yang bekerja, dan apa yang saya ketahui mereka itu bukannya penduduk di sini, mereka itu orang luar,” katanya.
Menurutnya, siasatan segera perlu dilakukan bagi membendung perbuatan seperti itu dari berleluasa dan tiada pihak yanag terus menjadi mangsa penipuan dan pembohongan pembangkang di Labis.
Laporan polis yang dibuat Wanita UMNO itu turut disertai bekas Ketua Wanita UMNO Labis, Hajah Asmah Harun, 71 yang mengetuai pergerakan sayap berkenaan dari tahun 1985 hingga 1998.
Beliau turut mendakwa tidak wujud ‘Kelab Wanita Veteran BN’ seperti mana yang terkandung dalam risalah tersebut.
“Mana ada kelab itu. Ini satu pembohongan. Wanita UMNO sentiasa menyokong siapa saja yang menjadi calon tanpa belah bahagi sejak dari dulu lagi”, ujarnya. -MediaUMNO

Sunday, January 23, 2011

HJ AZNIL tegur doa nik aziz.


Nampaknya isu panas yang melanda politik diantara Tuan Guru Nik Aziz yang menadah tangan bermunajad mendoakan diturunkan bala buat Perdana Menteri mandapat perhatian ke peringkat selebriti-selebriti tempatan iaitu Aznil Hj. Nawawi. Aznil Hj. Nawawi yang berfotfolio sebagai pengacara hiburan sememangnya jarang-jarang menulis tentang senario politik apatah lagi di Malaysia, hari ini dia tampil dengan berani menulis dan menegur tindakan kontroversi Tuan Guru Nik Aziz tersebut.




Dalam tulisan beliau, Aznil Hj. Nawawi berpendapat tindakan Nik Aziz seolah menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar yang mengunjurkan kita untuk mendoakan kebaikan terhadap orang lain. Tindakan Nik Aziz ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan royalti minyak berjumlah RM1 billion tidak di tunaikan kerajaan pusat.


Mengenai isu panas yang sedang bergolak masa ini. Apa nak jadi dengan kepimpinan Islam sekarang ni. Saling sudah menunjukkan 'hero' dengan mendoakan kecelakaan kepimpinan tertinggi negara yang aman dan damai ini. Begitulah yang berlaku diantara Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz yang mendoakan kecelakaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah mendoakan kecelakaan orang.Kata korang pula? Saksikan video doa di bawah.




PAS melibatkan kanak2 di dalam survival politik mereka




sebentar tadi nujum ke raumah awam labis bersama dengan seorang rakan pemilik akaun ISU POLITIK SEMASA. untuk meninjau ceramah yang di anjurkan oleh pemimpin PR yang di ketuai oleh mahfuz omar. turut berada di dalam ceramah berkenaan adalah nasarudin tantawi tian chua dan juga calon PAS iaitu cikgu mala.


kedatagan penduduk di kawasan amat kurang kerana bilangannya tidak sampai 50 orang. itupun ada di kalangan yang hadir bukanlah orang yang duduk di kawasan rumah awam labis. nujum agak kecewa  ceramah PR kali ini kerana mereka melibatkan kanak2 di dalam ceramahnya. kanak2 ini sepatutnya di duduk di rumah untuk mengulangkaji pelajaran dan bukan di bawa ke pentas politik kerana kanak-kanak ini tidak paham apa itu politik. di dalam ceramah ini juga masih terdapat ahli-ahli PAS membuat kutipan derma untuk parti !


apa nak jadilah dengan PAS !


zassssssssssssssssssssssssssssssss!!!

IMAM muda pun tak sokong PAS.. mengapa?

Kerana Tidak Menyokong PAS, Imam Muda Terus Jadi Sasaran Penyokong Fanatik Pas..

TUMPAT 25 Nov – Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif,
31, kecewa dan kesal dengan segelintir penyokong Pas kawasan berkenaan yang
sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) hari ini yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya,
beliau telah dipanggil oleh pihak MAIK bersama seorang lagi imam Masjid
As-Somadi setelah timbul pelbagai masalah di qariah berkenaan termasuk beliau
tidak dibenarkan menjadi imam di masjid itu oleh beberapa ahli qariah.

“Apa yang saya kesalkan adalah kehadiran penyokong Pas yang sanggup
menaikkan kain rentang dan sebagainya bagi menuntut saya meletakkan jawatan.
Saya cukup hairan…Kenapakah saya menjadi mangsa kepada mereka sedangkan saya
hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MAIK.

“Sebelum ini, pelbagai tuduhan dan penghinaan dilemparkan sehingga ada
yang tergamak mengatakannya mengasingkan politik dengan agama. Golongan ini
tuduh saya macam-macam.

“Soal pulau di masjid satu hal. Tuduh pula saya
berpolitik UMNO dan sebagainya sedangkan saya tetap dengan Islam dan saya tahu
membezakan yang mana agama dan yang mana bukan agama. Saya belajar pondok sejak
berumur 12 tahun sehingga sekarang.

“Malah saya tidak pernah menzahirkan
kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu
tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan
Allah S.W.T. sahaja yang tahu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Penyokong Pas hari ini dilaporkan mengadakan demonstrasi di hadapan
bangunan MAIK setelah imam muda masjid As-Somadi, Getting, Ustaz Rosli Abdul
Latiff dipanggil oleh MAIK bersama seorang lagi imam Masjid berkenaan.

Rosli sebelum ini mendakwa berikutan kritikan setiap kali beliau
mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang
lain secara berasingan di belakang dan disebabkan itu, beliau tidak dibenarkan
menjadi imam.

Dan hari ini beliau hanya sekadar pergi menunaikan solat
jemaah di Masjid Geting dan bukan lagi menjadi Imam atau khatib Jumaat
sungguhpun beliau dilantik oleh MAIK.

Beliau seterusnya berharap para
penyokong Pas dapat berfikir dengan matang dan tidak terbawa-bawa dengan
sentimen politik melampau sehingga tidak mampu membezakan antara yang benar dan
yang salah.

“Apa salah saya…Cuba kemukakan…..Apakah kerana bapa mertua
saya, Abdullah Sa’amah kerap mengkritik Nik Abdul Aziz, maka saya menerima
tempiasnya sedangkan saya hanya mahu melaksanakan tugas yang dimanahkan oleh
pihak MAIK.

“Sungguh pun saya di “cop“ sebagai penyokong UMNO dan
sebagainya, saya tidak ambil peduli. Cuma apa yang saya harapkan segelintir
penyokong Pas ini kembali kepada landasan sebenar untuk memastikan perpaduan
ummah di Getting,“ katanya. 

PAS lacurkan kepentingan kepada DAP

kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS sendiri.


1-“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.” Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1993.

2-“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” Harakah, 23 April 1994.

3-“Menentang PAS adalah haram mengikut Al Quran.” Berita Minggu, 24 April 1994.

Begitulah tegasnya Nik Aziz dan begitulah juga tegasnya pimpinan-pimpinan PAS lain di dalam menentang kerjasama dengan Parti-Parti Politik Bukan Islam.
Bahkan, kita tentu masih ingat laungan di tahun-tahun lapan puluhan dan awal sembilan puluhan bahawa, PAS menentang UMNO bukan sebab namanya UMNO, tetapi sebab UMNO itu kafir, Perlembagaan UMNO adalah kafir dan UMNO berkerjasama dengan Parti-Parti Politik Kafir.
Di atas ketegasan PAS pada waktu itu jugalah, PAS tidak boleh bergabung di bawah Gagasan Rakyat di dalam pilihanraya 1990. Sebaliknya terpaksa ditubuhkan sebuah platform lain, bernama Angkatan Perpaduan Ummah untuk PAS bergabung dengan Semangat 46. Di dalam kempen pilihanraya 1990 itu jugalah, Karpal Singh telah mengeluarkan kata-kata keramat,
“… langkah mayat saya dulu.”
Tetapi bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan melihat kepada peluang yang ada bagi PAS untuk menunggang arus perubahan politik tempatan akibat insiden itu, PAS mula mengendurkan layarnya dalam pelayaran ke arah penubuhan sebuah Negara Islam.
Renungi kenyataan-kenyataan Nik Aziz berikut,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan Negara Islam.” Berita Harian, 12 Mei 1999.
DAP yang berubah sikap atau PAS? Bukankah Nik Aziz mengakui bahawa ‘asalkan PAS tidak mendirikan Negara Islam’ sebagai alasan kesanggupan DAP.
Lebih sepuluh tahun selepas kenyataan Nik Aziz di atas, Karpal masih berpegang kepada kenyataannya pada tahun 1990,
“… langkah mayat saya dulu”.
Berikut adalah di antara kenyataan Karpal Singh seperti yang diterjemahkan dari berita yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider pada 28 Jun 2010.
“Adalah mustahil bagi DAP untuk berkompromi dalam soal itu(Penubuhan Negara Islam). Kita tidak boleh kompromi untuk menjadikan Negara ini Negara Islam (sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan.)”
“Di dalam tahun 1990, semasa ceramah di Sungai Pinang, akhbar telah memetik saya sebagai berkata, “Islamic state over my dead body.”
“Mereka (wartawan) tidak melaporkan konteks kenyataan saya itu. (Konteks) Kenyataan saya adalah berdasarkan Perlembagaan. Tetapi pendirian saya waktu itu, sama seperti pendirian saya sekarang.”
Salahudin Ayub cuba membodohkan dirinya dengan mengatakan bahawa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi.
Utusan Malaysia yang menghubungi Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS melaporkan pada 3 Julai 2010 kata-kata Salahudin seperti berikut,
“Ia adalah pandangan peribadi Karpal. Tidak semestinya apa yang keluar dari mulut beliau akan menjadi pandangan rasmi pembangkang.”
Satu-satunya pandangan peribadi Karpal hanyalah ungkapan ‘langkah mayat saya dulu.’ Tetapi jelas dari terjemahan di atas, penolakan penubuhan Negara Islam adalah pendirian rasmi DAP.
Jadi atas sebab pendirian tegas DAP yang tidak berubah itulah, PAS dipaksa untuk terus kendurkan lagi layarnya ke arah penubuhan Negara Islam sehingga akhirnya, layar itu dilipat dan disimpan.
Utusan Malaysia melaporkan pada 4 Ogos 2001 kenyataan Nik Aziz seperti berikut,
“Bukan sahaja dalam manifesto PAS, dalam Perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah Negara Islam.”
Akhir sekali, PAS dipaksa melacurkan dirinya ke tahap paling hina bila pada 12 Ogos 2009, Nik Aziz di laporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata,
“DAP kalau nak hina Islam (tidak apa) pasal dia bukan Islam.”
Pada 30 Jun 2010, HarakahDaily melaporkan Nik Aziz sebagai berkata,
“You (Karpal) sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh…”
Dan lebih memeranjatkan lagi ialah apabila New Straits Time melaporkan pada 9 Julai 2010 kenyataan Nik Aziz yang saya terjemahkan seperti berikut,
“Saya sudah sebut banyak kali. Kalau mereka yang tak boleh terima polisi kita boleh tunjukan saya bukti terdapat kesilapan dengan Islam,saya sendiri akan tolak Islam. Kalau tidak kamu tidak boleh bagi bukti, maka saya tidak ada alasan untuk meninggalkan Islam, (kenyataan asal, I have mentioned this many times. If those who cannot accept our policies can show me what is wrong with Islam, then I personally will reject Islam. If you cannot give proof, the I have no reason to leave my religion,”

Sudah tentulah DAP, sama ada Karpal Singh atau Lim Kit Siang merasakan mereka ada bukti bahawa ada yang tidak kena dengan Islam, jika tidak sudah tentu mereka sudah memeluk agama Islam apalagi Lim Guan Eng yang tidak habis-habis dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Tetapi ini adalah soal kepercayaan. Islam adalah agama dan agama adalah isu kepercayaan. Apapun yang Karpal Singh dan Lim Kit Siang kata tentang kelemahan Islam, tidak boleh menyebabkan kita meminda aqidah kita. Islam itu tetap sempurna, itu kepercayaan kita.
Bagaimanapun, saya yakin UMNO tidak akan mengatakan Islam itu tidak sempurna atau mencari kesilapan di dalam polisi Islam. Cuma UMNO adalah sama dengan PAS hari ini, hanya sekadar sebuah Parti Politik. Segala keputusan dan perubahan di dalam dasar-dasar yang hendak dilaksanakan hendaklah di ambil kira pelbagai pertimbangan politik dan daya tahan politik.

gejala mentaliti hudud

malang sekali apabila usaha murni memartabatkan dan melaksanakan agenda keislaman sentiasa sahaja menghadapi pelbagai cabaran serta serangan yang datangnya bukan sahaja daripada musuh-musuh islam malah dari kalangan penganutnya sendiri. inilah akibatnya apabila islam itu tidak di fahami sepenuhnya atau sengaja tidak mahu di fahami atas pelbagai sebab termasuk untuk tujuan kepentingan politik. gelaja yang menyebabkan islam dilihat sebagai agama mundur ini berpunca daripada kejumudan fikiran umat islam itu sendiri. gejala bolehlah di sifatkan sebagai mentaliti hudud.

musuh-musuh islam , terutamanya di barat memomokkan hudud sebagai sesuatu yang zalim dan menakutkan. mereka menyebarkan dakyah bahawa hukum hudud itu adalah bukti bahawa islam itu kononnya kejam dan tidak beperikemanusian. pada masa yang sama, ada pihak di negara ini yang mendakwa memperjuangkan islam, mengunakan hudud sebagai hujah untuk menuduh kerajaan sebagai tidak islam atau anti-islam. golongan ini bersikap demikian semata-mata disebabkan fahaman yang sempit hingga membutakan mata terhadap pelbagai usaha yang di jalankan oleh kerajaan untuk menyuburkan syiar dan dakwah islamiah. maka wujudlah gejala melabel apa yang orang lain buat sebagai tidak islam sekalipun terhadap perkara2 yang diuatamakan oleh agama islam seperti pendidikan dan pembasmian kemiskinan.

gelaja mentaliti hudud ini juga diakibatkan oleh tafsiran sempit oleh golongan yang tidak melihat islam secara keseluruhannya.mereka tidak melihat pembangunan ummah itu sebagai suatu keutamaan kerana bagi mereka , melaksanakan hukum hudud sahaja sudah di kiramenyempurnakan tuntutan hukum syarak yang turut mencakupi pelbagai bidang kehidupan. pelaksanaan hukum hudud yang realistik dan praktikal perlu berasaskan kepada islam secara keseluruhannya. ini bermakna bahawa ajaran islam mestilah dijadikan asas penyelesaian kepada permasalahan dalam semua bidang kehidupan.

apalah ertinya sekadar mahkamah sahaja yang berpegang kepada undang2 islam tetapi institusi lain seperti ekonomi pendidikan budaya dan pelbagai lagi tidak berasaskan islam.  umat islam harus tahu ajaran islam adalah menyeluruh dan lengkap. saling mendukung di antara satu sama lain dan saling menyempurnakan. oleh itu jika hanya sebahagian pengajaran islam di utamakan maka bukan sahaja is tidak akan dapat menghasilkan manfaat sepenuhnya malah kemungkinan akan menambahkan kerumitan kekaburan dalam urusan seharian manusia.

ada pihak yang mendakwa bahawa kelewatan melaksanakan hukum hudud bermakna kerajaan menafikan kewajian pelaksanaan hukum hudud. ini adalah suatu dakwaan yang tidak benar sama sekali. umat islam sememangnya tidak menolak hudud kerana ia adalah suatu hukum atau ketetapan daripada ALLAH TAALA. bagaimanapun sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan banyak perkara yang perlu diambil kira bagi menjamin kejayaan pelaksanaannya termasuk struktur sosial masyarakat di malaysia.

dalam melaksanakan sesuatu peraturan, hendaklah di pastikan supaya aspek lain yang berkaitan dapat di penuhi dan di sempurnakan. DR YUSOF AL QARDHAWI di dalam bukunya bertajuk pelaksanaan syariah tidak logik bagi keadilanislam untuk melaksanakan perintah hukum potong tangan dalam masalah mencuri, sedangkan ada pengabaian dalam pengagihan zakat dan takaful kemasyarakatan , ada penganguran dan ada kezaliman di kalangan anggota masyarakat.

memang ada ayat al quran yang memerintahkan pelaksanaan hukum hudud terhadap orang yang mencuri tetapi terdapat banyak ayat lain yang memerintahkan pembayaran zakat dan berbelanja di jalan ALLAH TAALA. jika setiap yang jahil diberikan peluang belajar , yang mengangur di carikan kerja yang lapar di berikan makanan dan yang diselubungi ketakutan disediakan suasana aman tiadalah ruang bagi orang untuk mencuri melainkan mereka yang tamak ,mahukan kekayaan atas usaha orang lain.

fahamilah konteks di atas agar kita sebagai rakyat malaysia yang sememangnya hidup di dalam keadaan yang majmuk tidak menjadi individu yang mempunyai fikiran yang jumud. HUKUM HUDUD yang di juangkan oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam sebenarnya mengunakan perkara itu demi kepentingan survivor politiknya. marilah kita bersatu atas nama islam. kita menyokong kerajaan dan bersatu padu untuk terus hidup di dalam perpaduan bangsa....

nurkilan wan motor...