www


Monday, October 18, 2010

BUKAN SEKADAR PERHIMPUNAN...TAPI MEDAN WUJUDKAN PERUBAHAN DAN ERATKAN UKHWAH.


Sekali lagi PWTC akan menjadi tumpuan apabila Perhimpunan Agong UMNO yang menjadi acara tahunan bakal berlangsung.

Bagi ahli UMNO adalah menjadi amalan akan turut serta mengunjungi PWTC bagi meramaikan dan tak kurang yang menjadikan peluang ini sebagai ruang bertemu dan beramah dengan rakan2 UMNO seMalaysia.

Namun pada yang terpilih sebagai G7 dari peringkat Bahagian akan menganggap inilah "penghargaan" yang amat bernilai dalam politik hidupnya pabila menjejakkan kaki kedalam dewan dengan memakai pass perwakilan...semangat dan roh pejuang terus meresap kedalam jiwa sambil menggenggam tekad akan terus mencintai UMNO selagi hayat dikandung badan malah tak kurang juga ada yang menitiskan airmata pabila suluruh perwakilan berdiri bagi menyanyikan lagu rasmi"Bersatu Bersetia Berkidmat"lagu keramat UMNO.

Bagi Perwakilan yang terpilih untuk berbahas mewakili negeri inilah peluang bersejarah dalam hidupnya..menyampaikan hasrat dan suara akar umbi dari loghat yang berbeza beza mengikut daerah masing masing hinggakan terdapat loghat yang menggamatkan dewan dengan gelak ketawa spontan dan ucapan yang dirancang untuk dijadikan halwa telinga serta ubat"mengantuk"sidang perwakilan.

Ada perbahasan yang mengikut arus semasa,ada juga perbahasan yang menzahirkan kekecewaan dan tak kurang juga perbahasan yang entah apa apa dan membosankan seluruh warga perwakilan.Sudah menjadi resam berpolitik..medan berbahas ini juga ada yang dijadikan pentas untuk MENGAMPU,MEMBODEK SERTA MEMUJI MUJI pemimpin atasan dengan tidak langsung ada rasa malu.

Apapun segala tujuan Perhimpunan tidak akan dicapai jika Perhimpunan ini tidak di hargai dan di nilai dengan bijak oleh sidang perwakilan..

Menghabiskan masa selama 3 hari untuk membawa pulang"kisah dan cara lama" untuk diabadikan dan di jadikan bahan cerita sebagai kenangan terindah untuk di kongsikan...membawa pulang bersama"semangat lama"untuk di pertaruhkan dan mendabik dada menceritakan pengalaman syok sendiri!

Ingatlah....Persidangan kali ini merupakan persidangan yang berkemungkinan merupakan yang terakhir bagi menempuh PRU 13..persidangan yang diharap akar umbi mampu menjana tranformasi dalam masa yang singkat serta persidangan yang mampu melonjak keuntungan buat Anak Bangsa kita...

Jangan ada yang lalai dan memandang remeh akan hukuman rakyat jika UMNO sekadar "mengiklan perubahan namun menjualnya dengan harga yang mahal"

Jangan juga menjadikan persidangan ini,medan untuk terus bersandiwara dan sekadar mengisi undang2 Pertubuhan.

Ingatlah sekali lagi bahawasanya anak bangsa di bawah sentiasa mengharapkan perubahan...bukan sekadar untuk diratapi mereka malahan generasi akan datang dan yang utama...UMNO lah parti yang menggemilangkan bangsa,akan terus dan sentiasa terpahat di minda seluruh umat MELAYU.

Ingatlah..persidangan ini bukan saja mencuri masa perwakilan,ketua2 keluarga sanggup cuti dari bekerja malahan kaum2 ibu sanggup meninggalkan anak dan keluarga bagi memenuhi tuntutan parti dengan tidak melepaskan peluang turut serta meskipun berstatus pemerhati.

Semangat persidangan ini bukan saja dirasai didalam dewan malah diluar dewan tak kurang juga yang berkumpul dan berlepak di ruang legar untuk sama2 mendengar dan mengikuti segala perkembangan dari dalam dewan persidangan secara langsung melalui layar gergasi yang disediakan selain riuh rendah serta jerik pekik peniaga yang menyajikan pelbagai barangan jualan diruang sewaan yg disediakan khas untuk peniaga2 Melayu dari seluruh pelusuk tanah air mencari peluang pendapatan.Disinilah pelbagai cenderahati,kain dan apa saja yang dihajatkan,dibeli dan di bawa pulang sebagai "buah tangan"untuk dijadikan kenangan.

"BERUBAH SEBELUM REBAH"

Saturday, October 9, 2010

PKR SEDANG MENUJU KEHANCURAN...UMNO TIDAK BIJAK MENCURI KESEMPATAN

Seperti kita semua sedari..kewujudan PKR sememangnya telah mengakibatkan perpecahan yang serius kepada kuasa politik orang MELAYU. Namun kehadiran PKR dalam industri politik Negara ini seolah tidak di restui Ilahi malah langsung tiada kedaulatanya..

Semenjak ANWAR di bebaskan dan berstatus "banduan" PKR lebih dilihat sebagai sebuah parti kartun yang menyimpang dari asal kewujudanya..dan hal ini telah mengakibatkan ramai taiko2 yang awal2 bercita cita hendak bersama2 menjadi antara pencetus tranformasi politik MELAYU mula angkat kaki pabila ANWAR dilihat mula bermain politik kayu tiga.

Justeru itu bermula pula era"membocor rahsia" dan tuduh menuduh sesama mereka..dan hingga kini..ada di kalangan pencetus REFORMASI telah di beri mandat dan kepercayaan malah ada yang telah terpilih memimpin dan memegang jawatan penting dalam UMNO dan sayap sayapnya..lebih meriah lagi hingga bekas musuh utama UMNO juga di lantik sebagai Senator.

Di awal penubuhan PKR ianya di lihat sebagai sebuah parti yang hanya memperjuangkan kebebasan ANWAR..tetapi di atas kelalaian dan keangkuhan UMNO telah mentakdirkan penggabungan antara team Barisan Alternatif kepada Pakatan Rakyat apabila penggabungan ini diperlukan untuk membentuk kerajaan di beberapa negeri yang menyaksikan kemorosotan BN dalam PRU 12 yang lalu..

Hari ini setelah pakatan ini mempunyai kuasa serta mentadbir di beberapa buah negeri yang kaya malah berjaya menggamatkan sidang Parlimen dengan majoriti yang membolehkan suara mereka di dengari...mereka sudah tersasar dari penubuhan asal.

Kepimpinan PKR mula hilang arah demi menjaga talian persahabatan dengan parti2 lain..malah terpaksa menggadai prinsip dan sentiasa akur dengan setiap keputusan sekalipun terkeluar dari batas2 KEADILAN sebagaimana yg di laungkan di awal penubuhanya dulu.

Kejadian "baling kerusi" ketika sidang pemilihan pucuk pimpinan baru2 ini di semua cabang membuktikan bahawa kehancuran PKR sudah berada di jarak yang amat dekat. Namun sejauh mana kesempatan ini di curi oleh UMNO bagi merampas kembali orang2nya yang di pinjam selama 3 penggal dalam PRU di manafaatkan..adakah UMNO masih mengamalkan dasar tutup pintu ataupun peristiwa ini dianggap remeh aku tak pasti...tp apa yang dilihat UMNO sedang sibuk menempah pelamin baru untuk persidangan tahunan.Menjadi budaya UMNO,sudah pasti seluruh jentera sedang memberi tumpuan penuh pada persiapan ini kerana ianya menjadi suluhan media..tanpa kita sedar..kehancuran PKR tidak menguntungkan UMNO kerana gagal melihat peluang ini adalah peluang terbaik untuk mentarbiah akar umbi supaya pulang semula kesisi UMNO setelah terbukti PKR hanya parti sia2 dan parti porak peranda!

Harapan aku sebagai anak muda..agar UMNO harus belajar berubah dalam segalanya..harus mencari cara baru untuk mendekati rakyat..sikap2 elit,sombong dan angkuh sudah tidak relevan lagi pada sebuah parti yang tua
.
Sebaliknya budaya asal harus di kembalikan..yakni budaya turun padang bukan sekadar untuk memenuhi profile FB akan tetapi gerak kerja yang ikhlas dan dilihat masyarakat gerak kerja yang jujur kearah menguntungkan rakyat.

Pendek kata secara terang aku memfatwakan yang UMNO masih belum berubah dan masih belum bersedia utk mengulangi era kegemilanganya....Selagi tidak berusaha mencairkan hati pengikut PKR..selagi itu UMNO akan lemah dan orang MELAYU terus berpecah!!!

Thursday, October 7, 2010

RAKYAT MENJADI MANGSA

Apa lah bodohnya puak pas ni..ada seorang guru penyokong pas tegal sanggup habis minyak kereta kerana tak nak isi minyak dekat petronas kerana petronas tak bagi royalti minyak pada kelate...dia lupa gaji dia tu pun dari hasil petronas juga.....

Wednesday, October 6, 2010

HAK MELAYU


" Kita perlu ingat...keistimewaan yang diberi kepada MELAYU tidak menghalang
hak kaum lain,malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam perlembagaan "
~ Sultan Ibrahim ~

Berubah sebelum Rebah

Angin semalam..pergi bersama seribu kenangan...
Menggamit bersama sebuah janji dan pengharapan...
Yang pernah ditabur didada hari..
ketika meraih sebuah jawatan...
Bangsaku yang buta...
melempar jauh sejarah silam...
Memijak-mijak kitab pedoman..
Kononya mencari sebuah pembahruan yang di lolong oleh petualang...
Serpihan kekalutan kelmarin..
dijadikan dosa untuk dihukum... sambil lupa..hukuman itu untuk siapa...
menenggelamkan kuasa yang dulunya ada...
Untuk diguna di kala sesak.
Kini dirampas bukan empunya...
yang asalnya hanyalah suka suki...
Esok pasti muncul...
namun tidak ku pasti..
Angin yang datang itu membawa bersama suka atau duka..
Suka jika bangsaku kembali berkuasa... Duka jika bangsaku dipijak lagiii..
Kerana kealpaan merujuk kitab perjuangan... Mengkapankan ungkapan "sumpah melayu".. Menghumban 7 wasiat melayu jauh di fikiran...
Mentertawakan lagu "warisan" Apa yang pasti...
bangsaku harus diajak bangun untuk ketiga kalinya..
Selepas pernah berjuang menuntut merdeka...
Bangsaku diuji dengan 13 mei..kenangan "merah"
Kini bangsaku di uji lagi dengan tekanan yg tidak sedar dan sukar di jelaskan.. Moga esok yang bakal berkunjung..
membawa bersama sebuah seruan perpaduan...
Kembali merampas sebuah "hak" Tinggalan moyang..
Ayuh bergerak bangun dari lamunan Kita tiada pilihan digenggaman "BERUBAH sebelum REBAH"

~marbika~