Sekali lagi PWTC akan menjadi tumpuan apabila Perhimpunan Agong UMNO yang menjadi acara tahunan bakal berlangsung.
Bagi ahli UMNO adalah menjadi amalan akan turut serta mengunjungi PWTC bagi meramaikan dan tak kurang yang menjadikan peluang ini sebagai ruang bertemu dan beramah dengan rakan2 UMNO seMalaysia.
Namun pada yang terpilih sebagai G7 dari peringkat Bahagian akan menganggap inilah "penghargaan" yang amat bernilai dalam politik hidupnya pabila menjejakkan kaki kedalam dewan dengan memakai pass perwakilan...semangat dan roh pejuang terus meresap kedalam jiwa sambil menggenggam tekad akan terus mencintai UMNO selagi hayat dikandung badan malah tak kurang juga ada yang menitiskan airmata pabila suluruh perwakilan berdiri bagi menyanyikan lagu rasmi"Bersatu Bersetia Berkidmat"lagu keramat UMNO.
Bagi Perwakilan yang terpilih untuk berbahas mewakili negeri inilah peluang bersejarah dalam hidupnya..menyampaikan hasrat dan suara akar umbi dari loghat yang berbeza beza mengikut daerah masing masing hinggakan terdapat loghat yang menggamatkan dewan dengan gelak ketawa spontan dan ucapan yang dirancang untuk dijadikan halwa telinga serta ubat"mengantuk"sidang perwakilan.
Ada perbahasan yang mengikut arus semasa,ada juga perbahasan yang menzahirkan kekecewaan dan tak kurang juga perbahasan yang entah apa apa dan membosankan seluruh warga perwakilan.Sudah menjadi resam berpolitik..medan berbahas ini juga ada yang dijadikan pentas untuk MENGAMPU,MEMBODEK SERTA MEMUJI MUJI pemimpin atasan dengan tidak langsung ada rasa malu.
Apapun segala tujuan Perhimpunan tidak akan dicapai jika Perhimpunan ini tidak di hargai dan di nilai dengan bijak oleh sidang perwakilan..
Menghabiskan masa selama 3 hari untuk membawa pulang"kisah dan cara lama" untuk diabadikan dan di jadikan bahan cerita sebagai kenangan terindah untuk di kongsikan...membawa pulang bersama"semangat lama"untuk di pertaruhkan dan mendabik dada menceritakan pengalaman syok sendiri!
Ingatlah....Persidangan kali ini merupakan persidangan yang berkemungkinan merupakan yang terakhir bagi menempuh PRU 13..persidangan yang diharap akar umbi mampu menjana tranformasi dalam masa yang singkat serta persidangan yang mampu melonjak keuntungan buat Anak Bangsa kita...
Jangan ada yang lalai dan memandang remeh akan hukuman rakyat jika UMNO sekadar "mengiklan perubahan namun menjualnya dengan harga yang mahal"
Jangan juga menjadikan persidangan ini,medan untuk terus bersandiwara dan sekadar mengisi undang2 Pertubuhan.
Ingatlah sekali lagi bahawasanya anak bangsa di bawah sentiasa mengharapkan perubahan...bukan sekadar untuk diratapi mereka malahan generasi akan datang dan yang utama...UMNO lah parti yang menggemilangkan bangsa,akan terus dan sentiasa terpahat di minda seluruh umat MELAYU.
Ingatlah..persidangan ini bukan saja mencuri masa perwakilan,ketua2 keluarga sanggup cuti dari bekerja malahan kaum2 ibu sanggup meninggalkan anak dan keluarga bagi memenuhi tuntutan parti dengan tidak melepaskan peluang turut serta meskipun berstatus pemerhati.
Semangat persidangan ini bukan saja dirasai didalam dewan malah diluar dewan tak kurang juga yang berkumpul dan berlepak di ruang legar untuk sama2 mendengar dan mengikuti segala perkembangan dari dalam dewan persidangan secara langsung melalui layar gergasi yang disediakan selain riuh rendah serta jerik pekik peniaga yang menyajikan pelbagai barangan jualan diruang sewaan yg disediakan khas untuk peniaga2 Melayu dari seluruh pelusuk tanah air mencari peluang pendapatan.Disinilah pelbagai cenderahati,kain dan apa saja yang dihajatkan,dibeli dan di bawa pulang sebagai "buah tangan"untuk dijadikan kenangan.
"BERUBAH SEBELUM REBAH"
No comments:
Post a Comment