www


Monday, April 4, 2011

hidup umno hidup melayu

UMNO menjadi parti teras di dalam BARISAN NASIONAL. keadaan sememangnya telah berubah dan umno tidak boleh menyeret bebanan silam untuk menghadapi cabaran hari ini dan masa depan. umno juga perlu dinamik bagi memastikan ia terus relevan. umno akan kekal relevan jika ia dapat mewakili dan seterusnya mempertahankan melayu untuk terus wujud serta bergerak maju seiring dengan peredaraan zaman. umno ada obligasi untuk memastikansurvival bangsa ini kerana tanpa melayu UMNO juga akanpupus dengan sendirinya.

semestinya peninggalan idea dato'onn pengasas UMNO yang melaungkan hidup melayu masih kekal sehingga kini. yang pasti ia lebih daripada sekadar sebuah slogan. ianya terus menjadi BATTLE CRY orang melayu untuk terus survive, untuk melansungkan kehidupan mereka dan untuk mengesahkan kehadiran serta keberadaan mereka. sesungguhnya umno tidak boleh bersikap sepi terhadap pengisian agenda perjuangan melayu yang mencakupi bidang keagamaan, pendidikan , ekonomi dan budaya. dalam sejarah perjuangan umno agenda ini sentiasa menjadi teras dalam setiap langkah yang di atur oleh kepimpinan negara. oleh itu, umno harus memastikan supaya kepentingan perjuangan agenda ini terus di rasai dan di sokong oleh orang melayu.

sehubungan ini, umno harus kembali kepada asas dalam sejarahnya yang relatif panjang itu kerana berangkali sebahagian pemimpim dan ahlinya sudah sedikit alpa mengenai asas perjuangan. barangkali tidak ada lagi bara perjuangan dalam sanubari orang melayu si sebabkan perubahan zaman dan persekitaran. hal ini tidak sesekali harus di biarkan berlaku kerana umno mesti kekal dan utuh bagi memastikan orang melayu terus mendapat perlindungan. perlu di ingat kembali bahawa orang melayu adalah pewaris kepada suatu perjuangan keramat bagi memartabatkan agama bangsa dan tanah air. kalau dahulu hidup melayu melahirkan UMNO. sekarang hidup melayu bererti hidup umno kerana umno tidak mungkin hidup tanpa agneda melayu.

jika parti UMNO di herdik lembab bodoh dan sebagainya oleh parti2 DAP bermakna parti perkauman cina ini mengherdik semua orang melayu di malaysia.beringatlah semua orang melayu. jangan terus lena di buai mimpi indah kenangan zaman berzaman. bangkitlah bersama mempertahankan tanah air ini demi kesejahteraan semua. 


TERUS MENYOKONG UMNO ! ! ! nurkilan wan motor...

No comments: