www


Saturday, February 19, 2011

ANWAR KEPANASAN...

AHLI kimia yang melakukan ujian pemprofilan DNA secara terperinci terhadap sampel daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, Jumaat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.

Dr Seah Lay Hong berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduannya sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Forensik Genetik.

Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.

"Sebagai anggota, saya menerima satu jurnal daripada persatuan itu dan kami di Jabatan Kimia sentiasa mengikut prosedur antarabangsa di makmal, termasuk dalam kes ini," katanya ketika disoal balas peguam Ram Karpal Singh.

Prosiding hari ini (Jumaat) menyaksikan kebanyakan soalan Ram lebih menjurus kepada cara Dr Seah menjalankan analisis terhadap sampel yang diterima daripada polis terutama B5 (sampel dari kawasan sekitar dubur Mohd Saiful Bukhari yang mengandungi campuran air mani mangsa, lelaki 'Y' dan seorang lagi individu tidak dikenali).

Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan 'DNA view' bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.

Ditanya lanjut oleh Ram sama ada kedua-dua perisian itu selalu dikemas kini, Dr Seah berkata kali terakhir ialah pada 2007.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan anggota Parlimen Permatang Pauh, yang didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kepada soalan lain, Dr Seah berkata kedua-dua perisian berkenaan boleh dipercayai, walaupun beliau bukan pakar.

Beliau juga mengakui ada menjalankan penilaian statistik bagi menyokong penemuannya, namun ia tidak diserahkan kepada polis.

"Saya bersetuju bahawa penilaian itu penting, namun dalam kes ini, saya lebih bergantung kepada kaedah pemprofilan DNA yang lebih konklusif," katanya.

Beliau juga bersetuju telah merujuk kepada sampel darah Mohd Saiful yang diterima daripada polis, namun tidak terpengaruh dengannya.

Mengenai saranan Ram bahawa mungkin terdapat sepuluh penyumbang DNA berdasarkan angka yang muncul dalam analisis profil DNA yang disediakannya, Dr Seah tidak bersetuju.

Beliau berkata profil DNA itu perlu dipertimbang secara keseluruhan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Isnin depan.


sumber blog.. ipohmali

No comments: