www


Monday, January 24, 2011

PRK Tenang : PAS Makin Terdesak, Sebar Risalah Fitnah

LABIS 23 Jan – Pembangkang di pilihan raya kecil DUN Tenang dilihat semakin terdesak sehingga sanggup memperdaya pengundi dengan membuat penyamaran sebagai petugas jentera Barisan Nasional serta menyebarkan risalah berupa fitnah.
Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan tindakan tidak bermaruah pembangkang itu boleh mengelirukan pengundi serta boleh menyebabkan salah faham di kalangan petugas BN terutaama Wanita UMNO.
“Kami terpaksa membuat laporan polis kerana apa yang berlaku itu adalah suatu pembohongan dan fitnah untuk memecahbelahkan, Wanita UMNO, Barisan Nasional meminta polis menjalankan siasatan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa Kelab Veteran Wanita BN Labis itu tidak wujud, dan bagiamana pula mereka boleh mengedarkan risalah yang kononnya dikeluarkan oleh kelab ini ” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Labis.
Menurutnya, Wanita UMNO menyedari perkara itu apabila diberitahu oleh jentera BN di Kampung Bukit Mambai, bahawa ada pihak yang menyamar sebagai petugas wanita BN menyebarkan risalah berunsur fitnah.
Risalah dihantar dari rumah ke rumah dengan menyatakan Wanita UMNO tidak menyokong calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan menuduh pucuk pimpinan menolak Wanita UMNO kerana tidak mencalonkan wakilnya pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
Haslinda antara yang disebut-sebut sebagi calon menafikan perkara itu dan menyatakan Wanita UMNO menyokong sepenuh keputusan pucuk pimpinan memilih Azahar sebagai calon BN.
“Kumpulan ini datang secara berkumpulan dari rumah ke rumah memakai pakaian yang selalu dipakai Wanita UMNO iaitu bertudung merah dan mengedarkan risalah kepada penduduk di situ.
“Apa yang saya pasti mereka itu bukannya petugas Wanita UMNO, saya kenal dengan jentera yang bekerja, dan apa yang saya ketahui mereka itu bukannya penduduk di sini, mereka itu orang luar,” katanya.
Menurutnya, siasatan segera perlu dilakukan bagi membendung perbuatan seperti itu dari berleluasa dan tiada pihak yanag terus menjadi mangsa penipuan dan pembohongan pembangkang di Labis.
Laporan polis yang dibuat Wanita UMNO itu turut disertai bekas Ketua Wanita UMNO Labis, Hajah Asmah Harun, 71 yang mengetuai pergerakan sayap berkenaan dari tahun 1985 hingga 1998.
Beliau turut mendakwa tidak wujud ‘Kelab Wanita Veteran BN’ seperti mana yang terkandung dalam risalah tersebut.
“Mana ada kelab itu. Ini satu pembohongan. Wanita UMNO sentiasa menyokong siapa saja yang menjadi calon tanpa belah bahagi sejak dari dulu lagi”, ujarnya. -MediaUMNO

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Salam Bro..

Blog ini telah dipaut ke blog Gelombang Rakyat. :)


Melayu CinDia.
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/