www


Wednesday, January 26, 2011

gejala mentaliti hudud

PAS kini mendakwa mereka kini sukar melaksanakan hukum hudud di malaysia. mungkin mereka lpa nak baca artikel yang saya buat ni. dan boleh kaji sendiri benar tau tidak apa yang saya katakan ini benar atau tidak...





malang sekali apabila usaha murni memartabatkan dan melaksanakan agenda keislaman sentiasa sahaja menghadapi pelbagai cabaran serta serangan yang datangnya bukan sahaja daripada musuh-musuh islam malah dari kalangan penganutnya sendiri. inilah akibatnya apabila islam itu tidak di fahami sepenuhnya atau sengaja tidak mahu di fahami atas pelbagai sebab termasuk untuk tujuan kepentingan politik. gelaja yang menyebabkan islam dilihat sebagai agama mundur ini berpunca daripada kejumudan fikiran umat islam itu sendiri. gejala bolehlah di sifatkan sebagai mentaliti hudud.

musuh-musuh islam , terutamanya di barat memomokkan hudud sebagai sesuatu yang zalim dan menakutkan. mereka menyebarkan dakyah bahawa hukum hudud itu adalah bukti bahawa islam itu kononnya kejam dan tidak beperikemanusian. pada masa yang sama, ada pihak di negara ini yang mendakwa memperjuangkan islam, mengunakan hudud sebagai hujah untuk menuduh kerajaan sebagai tidak islam atau anti-islam. golongan ini bersikap demikian semata-mata disebabkan fahaman yang sempit hingga membutakan mata terhadap pelbagai usaha yang di jalankan oleh kerajaan untuk menyuburkan syiar dan dakwah islamiah. maka wujudlah gejala melabel apa yang orang lain buat sebagai tidak islam sekalipun terhadap perkara2 yang diuatamakan oleh agama islam seperti pendidikan dan pembasmian kemiskinan.

gelaja mentaliti hudud ini juga diakibatkan oleh tafsiran sempit oleh golongan yang tidak melihat islam secara keseluruhannya.mereka tidak melihat pembangunan ummah itu sebagai suatu keutamaan kerana bagi mereka , melaksanakan hukum hudud sahaja sudah di kiramenyempurnakan tuntutan hukum syarak yang turut mencakupi pelbagai bidang kehidupan. pelaksanaan hukum hudud yang realistik dan praktikal perlu berasaskan kepada islam secara keseluruhannya. ini bermakna bahawa ajaran islam mestilah dijadikan asas penyelesaian kepada permasalahan dalam semua bidang kehidupan.

apalah ertinya sekadar mahkamah sahaja yang berpegang kepada undang2 islam tetapi institusi lain seperti ekonomi pendidikan budaya dan pelbagai lagi tidak berasaskan islam.  umat islam harus tahu ajaran islam adalah menyeluruh dan lengkap. saling mendukung di antara satu sama lain dan saling menyempurnakan. oleh itu jika hanya sebahagian pengajaran islam di utamakan maka bukan sahaja is tidak akan dapat menghasilkan manfaat sepenuhnya malah kemungkinan akan menambahkan kerumitan kekaburan dalam urusan seharian manusia.

ada pihak yang mendakwa bahawa kelewatan melaksanakan hukum hudud bermakna kerajaan menafikan kewajian pelaksanaan hukum hudud. ini adalah suatu dakwaan yang tidak benar sama sekali. umat islam sememangnya tidak menolak hudud kerana ia adalah suatu hukum atau ketetapan daripada ALLAH TAALA. bagaimanapun sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan banyak perkara yang perlu diambil kira bagi menjamin kejayaan pelaksanaannya termasuk struktur sosial masyarakat di malaysia.

dalam melaksanakan sesuatu peraturan, hendaklah di pastikan supaya aspek lain yang berkaitan dapat di penuhi dan di sempurnakan. DR YUSOF AL QARDHAWI di dalam bukunya bertajuk pelaksanaan syariah tidak logik bagi keadilanislam untuk melaksanakan perintah hukum potong tangan dalam masalah mencuri, sedangkan ada pengabaian dalam pengagihan zakat dan takaful kemasyarakatan , ada penganguran dan ada kezaliman di kalangan anggota masyarakat.

memang ada ayat al quran yang memerintahkan pelaksanaan hukum hudud terhadap orang yang mencuri tetapi terdapat banyak ayat lain yang memerintahkan pembayaran zakat dan berbelanja di jalan ALLAH TAALA. jika setiap yang jahil diberikan peluang belajar , yang mengangur di carikan kerja yang lapar di berikan makanan dan yang diselubungi ketakutan disediakan suasana aman tiadalah ruang bagi orang untuk mencuri melainkan mereka yang tamak ,mahukan kekayaan atas usaha orang lain.

fahamilah konteks di atas agar kita sebagai rakyat malaysia yang sememangnya hidup di dalam keadaan yang majmuk tidak menjadi individu yang mempunyai fikiran yang jumud. HUKUM HUDUD yang di juangkan oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam sebenarnya mengunakan perkara itu demi kepentingan survivor politiknya. marilah kita bersatu atas nama islam. kita menyokong kerajaan dan bersatu padu untuk terus hidup di dalam perpaduan bangsa....

nurkilan wan motor... 

2 comments:

fahaimi said...

Sanggupkah anda menjawab dengan jawapan begitu dihadapan Allah s.w.t kelak....

Nujum Pak Belalang said...

jangab berfikiran jumud dan memikirkan tentang diri sendiri sahaja. pikirkan tentang orang islam yang hidup di dalam kesusahan... kalau kau boleh kompem kat kerajaan yang memang boleh support orang2 miskin takpe juga... jangan jadi bingai sebab pale otak dah jumud.