www


Sunday, January 23, 2011

IMAM muda pun tak sokong PAS.. mengapa?

Kerana Tidak Menyokong PAS, Imam Muda Terus Jadi Sasaran Penyokong Fanatik Pas..

TUMPAT 25 Nov – Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif,
31, kecewa dan kesal dengan segelintir penyokong Pas kawasan berkenaan yang
sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) hari ini yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya,
beliau telah dipanggil oleh pihak MAIK bersama seorang lagi imam Masjid
As-Somadi setelah timbul pelbagai masalah di qariah berkenaan termasuk beliau
tidak dibenarkan menjadi imam di masjid itu oleh beberapa ahli qariah.

“Apa yang saya kesalkan adalah kehadiran penyokong Pas yang sanggup
menaikkan kain rentang dan sebagainya bagi menuntut saya meletakkan jawatan.
Saya cukup hairan…Kenapakah saya menjadi mangsa kepada mereka sedangkan saya
hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MAIK.

“Sebelum ini, pelbagai tuduhan dan penghinaan dilemparkan sehingga ada
yang tergamak mengatakannya mengasingkan politik dengan agama. Golongan ini
tuduh saya macam-macam.

“Soal pulau di masjid satu hal. Tuduh pula saya
berpolitik UMNO dan sebagainya sedangkan saya tetap dengan Islam dan saya tahu
membezakan yang mana agama dan yang mana bukan agama. Saya belajar pondok sejak
berumur 12 tahun sehingga sekarang.

“Malah saya tidak pernah menzahirkan
kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu
tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan
Allah S.W.T. sahaja yang tahu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Penyokong Pas hari ini dilaporkan mengadakan demonstrasi di hadapan
bangunan MAIK setelah imam muda masjid As-Somadi, Getting, Ustaz Rosli Abdul
Latiff dipanggil oleh MAIK bersama seorang lagi imam Masjid berkenaan.

Rosli sebelum ini mendakwa berikutan kritikan setiap kali beliau
mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang
lain secara berasingan di belakang dan disebabkan itu, beliau tidak dibenarkan
menjadi imam.

Dan hari ini beliau hanya sekadar pergi menunaikan solat
jemaah di Masjid Geting dan bukan lagi menjadi Imam atau khatib Jumaat
sungguhpun beliau dilantik oleh MAIK.

Beliau seterusnya berharap para
penyokong Pas dapat berfikir dengan matang dan tidak terbawa-bawa dengan
sentimen politik melampau sehingga tidak mampu membezakan antara yang benar dan
yang salah.

“Apa salah saya…Cuba kemukakan…..Apakah kerana bapa mertua
saya, Abdullah Sa’amah kerap mengkritik Nik Abdul Aziz, maka saya menerima
tempiasnya sedangkan saya hanya mahu melaksanakan tugas yang dimanahkan oleh
pihak MAIK.

“Sungguh pun saya di “cop“ sebagai penyokong UMNO dan
sebagainya, saya tidak ambil peduli. Cuma apa yang saya harapkan segelintir
penyokong Pas ini kembali kepada landasan sebenar untuk memastikan perpaduan
ummah di Getting,“ katanya. 

No comments: