www


Sunday, January 23, 2011

PAS lacurkan kepentingan kepada DAP

kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS sendiri.


1-“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.” Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1993.

2-“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” Harakah, 23 April 1994.

3-“Menentang PAS adalah haram mengikut Al Quran.” Berita Minggu, 24 April 1994.

Begitulah tegasnya Nik Aziz dan begitulah juga tegasnya pimpinan-pimpinan PAS lain di dalam menentang kerjasama dengan Parti-Parti Politik Bukan Islam.
Bahkan, kita tentu masih ingat laungan di tahun-tahun lapan puluhan dan awal sembilan puluhan bahawa, PAS menentang UMNO bukan sebab namanya UMNO, tetapi sebab UMNO itu kafir, Perlembagaan UMNO adalah kafir dan UMNO berkerjasama dengan Parti-Parti Politik Kafir.
Di atas ketegasan PAS pada waktu itu jugalah, PAS tidak boleh bergabung di bawah Gagasan Rakyat di dalam pilihanraya 1990. Sebaliknya terpaksa ditubuhkan sebuah platform lain, bernama Angkatan Perpaduan Ummah untuk PAS bergabung dengan Semangat 46. Di dalam kempen pilihanraya 1990 itu jugalah, Karpal Singh telah mengeluarkan kata-kata keramat,
“… langkah mayat saya dulu.”
Tetapi bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan melihat kepada peluang yang ada bagi PAS untuk menunggang arus perubahan politik tempatan akibat insiden itu, PAS mula mengendurkan layarnya dalam pelayaran ke arah penubuhan sebuah Negara Islam.
Renungi kenyataan-kenyataan Nik Aziz berikut,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan Negara Islam.” Berita Harian, 12 Mei 1999.
DAP yang berubah sikap atau PAS? Bukankah Nik Aziz mengakui bahawa ‘asalkan PAS tidak mendirikan Negara Islam’ sebagai alasan kesanggupan DAP.
Lebih sepuluh tahun selepas kenyataan Nik Aziz di atas, Karpal masih berpegang kepada kenyataannya pada tahun 1990,
“… langkah mayat saya dulu”.
Berikut adalah di antara kenyataan Karpal Singh seperti yang diterjemahkan dari berita yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider pada 28 Jun 2010.
“Adalah mustahil bagi DAP untuk berkompromi dalam soal itu(Penubuhan Negara Islam). Kita tidak boleh kompromi untuk menjadikan Negara ini Negara Islam (sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan.)”
“Di dalam tahun 1990, semasa ceramah di Sungai Pinang, akhbar telah memetik saya sebagai berkata, “Islamic state over my dead body.”
“Mereka (wartawan) tidak melaporkan konteks kenyataan saya itu. (Konteks) Kenyataan saya adalah berdasarkan Perlembagaan. Tetapi pendirian saya waktu itu, sama seperti pendirian saya sekarang.”
Salahudin Ayub cuba membodohkan dirinya dengan mengatakan bahawa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi.
Utusan Malaysia yang menghubungi Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS melaporkan pada 3 Julai 2010 kata-kata Salahudin seperti berikut,
“Ia adalah pandangan peribadi Karpal. Tidak semestinya apa yang keluar dari mulut beliau akan menjadi pandangan rasmi pembangkang.”
Satu-satunya pandangan peribadi Karpal hanyalah ungkapan ‘langkah mayat saya dulu.’ Tetapi jelas dari terjemahan di atas, penolakan penubuhan Negara Islam adalah pendirian rasmi DAP.
Jadi atas sebab pendirian tegas DAP yang tidak berubah itulah, PAS dipaksa untuk terus kendurkan lagi layarnya ke arah penubuhan Negara Islam sehingga akhirnya, layar itu dilipat dan disimpan.
Utusan Malaysia melaporkan pada 4 Ogos 2001 kenyataan Nik Aziz seperti berikut,
“Bukan sahaja dalam manifesto PAS, dalam Perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah Negara Islam.”
Akhir sekali, PAS dipaksa melacurkan dirinya ke tahap paling hina bila pada 12 Ogos 2009, Nik Aziz di laporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata,
“DAP kalau nak hina Islam (tidak apa) pasal dia bukan Islam.”
Pada 30 Jun 2010, HarakahDaily melaporkan Nik Aziz sebagai berkata,
“You (Karpal) sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh…”
Dan lebih memeranjatkan lagi ialah apabila New Straits Time melaporkan pada 9 Julai 2010 kenyataan Nik Aziz yang saya terjemahkan seperti berikut,
“Saya sudah sebut banyak kali. Kalau mereka yang tak boleh terima polisi kita boleh tunjukan saya bukti terdapat kesilapan dengan Islam,saya sendiri akan tolak Islam. Kalau tidak kamu tidak boleh bagi bukti, maka saya tidak ada alasan untuk meninggalkan Islam, (kenyataan asal, I have mentioned this many times. If those who cannot accept our policies can show me what is wrong with Islam, then I personally will reject Islam. If you cannot give proof, the I have no reason to leave my religion,”

Sudah tentulah DAP, sama ada Karpal Singh atau Lim Kit Siang merasakan mereka ada bukti bahawa ada yang tidak kena dengan Islam, jika tidak sudah tentu mereka sudah memeluk agama Islam apalagi Lim Guan Eng yang tidak habis-habis dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Tetapi ini adalah soal kepercayaan. Islam adalah agama dan agama adalah isu kepercayaan. Apapun yang Karpal Singh dan Lim Kit Siang kata tentang kelemahan Islam, tidak boleh menyebabkan kita meminda aqidah kita. Islam itu tetap sempurna, itu kepercayaan kita.
Bagaimanapun, saya yakin UMNO tidak akan mengatakan Islam itu tidak sempurna atau mencari kesilapan di dalam polisi Islam. Cuma UMNO adalah sama dengan PAS hari ini, hanya sekadar sebuah Parti Politik. Segala keputusan dan perubahan di dalam dasar-dasar yang hendak dilaksanakan hendaklah di ambil kira pelbagai pertimbangan politik dan daya tahan politik.

No comments: