www


Sunday, January 23, 2011

HJ AZNIL tegur doa nik aziz.


Nampaknya isu panas yang melanda politik diantara Tuan Guru Nik Aziz yang menadah tangan bermunajad mendoakan diturunkan bala buat Perdana Menteri mandapat perhatian ke peringkat selebriti-selebriti tempatan iaitu Aznil Hj. Nawawi. Aznil Hj. Nawawi yang berfotfolio sebagai pengacara hiburan sememangnya jarang-jarang menulis tentang senario politik apatah lagi di Malaysia, hari ini dia tampil dengan berani menulis dan menegur tindakan kontroversi Tuan Guru Nik Aziz tersebut.




Dalam tulisan beliau, Aznil Hj. Nawawi berpendapat tindakan Nik Aziz seolah menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar yang mengunjurkan kita untuk mendoakan kebaikan terhadap orang lain. Tindakan Nik Aziz ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan royalti minyak berjumlah RM1 billion tidak di tunaikan kerajaan pusat.


Mengenai isu panas yang sedang bergolak masa ini. Apa nak jadi dengan kepimpinan Islam sekarang ni. Saling sudah menunjukkan 'hero' dengan mendoakan kecelakaan kepimpinan tertinggi negara yang aman dan damai ini. Begitulah yang berlaku diantara Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz yang mendoakan kecelakaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah mendoakan kecelakaan orang.Kata korang pula? Saksikan video doa di bawah.




No comments: