www


Wednesday, March 23, 2011

dari seorang QA YAMAHA dari pembantu HEP negeri melaka di mesir

SIAPA SANGKA !!!

seorang pekerja pembuatan enjin motosikal yamaha operator QA gred ||| menukar kerjaya dengan menjadi PEMBANTU PEGAWAI HAL EHWAL DAN KEBAJIKAN PELAJAR MELAKA DI MESIR. inilah yang dikatakan rezeki yang diberikan oleh Allah taala kepada semua hambanya yang berusaha dan melalui pelbagai rintangan serta dugaan yang tanpa di duga.

saya sangat bersyukur dengan pemberian rezeki ini dari Allah taala kepada saya sebagai hambanya. gembira tidak terkata !!! semuanya bermula dengan saya menceburi dunia politik.

sebelum saya menceburi dunia politik, saya sebenarnya menimba ilmu di sebuah kolej swasta iaitu di kolej yayasan melaka dan hanya mengambil sijil juruteknik motosikal sahaja. semasa saya berada di kolej sememangnya saya bergiat aktif di dalam bidang kejurulatihan sehingga saya memperolehi sijil kejurulatihan tahap 1 dan 2 melayakkan saya menjadi seorang fasilitator di kolej tersebut jika ada kemasukkan pelajar baru. selepas habis di kolej yayasan melaka. saya sebenarnya pernah menubuhkan ALUMNI kolej yayasan melaka. dengan motif penubuhan alumni ini juga adalah mahu menjaga kebajikan pelajar yang masih menuntut di sana. saya bercita-cita besar untuk menjaga kepentingan serta kebajikan pelajar sehingga saya pernah mengkritik pentadbiran HEP KYM sehingga saya perlu keluar dari ALUMNI KYM oleh CEO KYM iaitu dato saroni bin judi.

dari pengalaman tersebut sebenarnya saya belajar bagaimana mahu menceburi bidang politik sehingga saya dapat bekerja dengan seorang wakil rakyat di dalam parlimen masjid tanah iaitu TN HJ AMIRUDIN yang merupakan ADUN AYER LIMAU.

selain aktif di dalam politik, saya juga aktif di dalam persatuan belia 4b negeri melaka. saya ingin berterima kasih kepada pemimpin belia yang membawa saya untuk menyertai kursus-kursus yang pernah di anjurkan mereka kerana dari sana jugalah saya mendapat banyak ilmu-ilmu kepimpinan untuk saya gunakan hari ini..

syukur sekali kepada Allah taala kerana telah memberikan rezeki ini tanpa saya pernah terfikir yang saya akan  bertugas di luar negara iaitu negara mesir yang sedang bergolak. alhamdulillah...

kepada ustaz nuar. terima kasih kerana membantu saya. saya akan kenang ustaz sampai bila-bila...

nurkilan wan motor...


cantik x basikal yg saya pinjam ni? hehe

1 comment:

Anonymous said...

salam/// aku bangga dgn ko abg wan! trsgt2 bangga!kami kwn2 di kym atau mane2 semua sentiasa sokong....ptt la lame xdgr berita org kuat politik ni kt FB...truskn usaha anda...anda pasti blh berjya...doa kami sentiasa mengiringi mu wahai sahabat,,,

salam syg dari adik mu..
-BoB KYM///-