www


Tuesday, March 22, 2011

Misteri lelaki bernama Sukma Darmawan


sukma darmawanAIDCNews
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki misteri Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, pernah mengemparkan Malaysia pada tahun 1999, apabila lelaki ini dibicarakan bersama-sama bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bernama Azizan Abu Bakar.
Tiada rekod lengkap mengenai latar belakang lelaki misteri ini yang lebih dikenali sebagai ‘adik angkat’ Anwar Ibrahim, walaupun lelaki yang berasal dari Indonesia itu telah berhijrah ke Malaysia sejak tahun 1970-an lagi.
Menurut keterangan Sukma ketika didakwa kes liwat di Mahkamah Tinggi pada Julai 1999, berkata dia dilahirkan pada 25 Jun 1961 di Jakarta, Indonesia, dan merupakan anak yang ke-11 daripada 12 orang adik-beradik.
Berdasarkan tarikh lahir itu, Sukma berhijrah ke Malaysia ketika berusia 16 tahun yang sepatutnya berada di tingkatan empat jika mengikut sistem pendidikan di Malaysia.
Ketika menjawab soalan pihak pendakwa, Abdul Ghani Patail, Sukma mengakui dia hanya bersekolah di Yayasan Anda pada tahun 1977 dan berhenti persekolahannya pada tahun 1980-1983, tetapi turut mengakui mendapat Sijil Tinggi Persekolahan (ketika itu dikenali sebagai Higher School of Certificate) pada tahun 1990.
Pada tahun 1990, Anwar merupakan Menteri Pendidikan Malaysia.
Menurut Sukma lagi, sejak berhijrah ke Malaysia dia telah menetap di rumah bapa angkatnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu bapa Anwar di Petaling Jaya. Klik di sini
Menurutnya lagi dia dihantar oleh bapanya berhijrah ke negara ini pada bulan Februari 1977 dan memulakan persekolahannya di Yayasan Anda di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebuah sekolah swasta kepunyaan Anwar Ibrahim.
AnwarSukma2


Menurut pengakuan bersumpah Sukma yang dibuat pada 17 September 1998, di hadapan Abdul Karim Abd. Jalil, Majistret, Jalan Raja, Kuala Lumpur, Sukma yang mempunyai kad pengenalan bernombor 8315878 mengakui menetap di rumah bapa Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya bermula dari tahun 1977.
Hubungan homoseks antara Sukma dan Anwar bermula sejak dari tahun 1977, kerana mereka ditempatkan dalam bilik yang sama. Sukma ketika itu berusia 16 tahun, manakala Anwar pula berusia 30 tahun. Menurut pengakuan Sukma lagi, hubungan luar tabiee antaranya dengan Anwar berlaku dalam kadar kekerapan seminggu sekali.
Pada tahun 1977, Anwar masih belum berkahwin dan menjadi Pengetua Yayasan Anda Akademik dan Presiden ABIM.
“Selepas setahun, hubungan kami semakin intim dan bermulalah hubungan oral seks saya terhadap dia (Anwar). Selepas setahun kemudian dia ada melakukan liwat terhadap saya dengan menggunakan baby cream. Dia berlaku berselang seli di antara onani, liwat dan oral”, kata Sukma dalam pengakuan bersumpahnya.
“Setelah Anwar berkahwin beliau berpindah ke rumah sewa di Seksyen 17. Saya sekali sekala datang ke rumahnya. Di rumah ini dalam jangka 3 atau 6 bulan saya tidak mempunyai apa-apa dengan dia. Tapi selepas itu, kami menjalinkan hubungan berselang seli di antara liwat, oral atau onani dan kurang lebih sebulan sekali”, kata Sukma lagi.
Menurut pengakuan bersumpah itu lagi Sukma mengikuti Anwar ketika Anwar berpindah ke Seksyen 14, Petaling Jaya dan seterusnya membeli rumah peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Di rumah peribadi Anwar itu, Sukma telah disediakan bilik khas sebagai penginapannya. Sukma juga turut mengikuti Anwar, apabila Anwar berpindah ke rumah kediaman rasmi kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Sekitar tahun 1992, ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan, Sukma membeli rumah peribadinya di 10-7-2, Tivoli Villa, Bangsar, Kuala Lumpur, dengan harga lebih kurang RM400,000.
Sukma juga turut mengakui di mahkamah, Anwar telah menderma sebanyak RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai rumah kediaman peribadinya itu.
Projek pembinaan Tivoli Villa diusahakan oleh kawan rapat Anwar, iaitu Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya.
Sukma (2)


Kata Sukma, dia mula menceburkan diri secara serius dalam urusan perniagaan pada tahun 1991, dengan membuka sebuah syarikatnya sendiri. Ketika itu Anwar baru sahaja dilantik Menteri Kewangan Malaysia.
Sukma juga turut mengaku hasil urusan perniagaannya, dia memiliki tiga buah kereta mewah - sebuah jenis BMW 523i dan dua Mercedes Benz model C280 dan 300S. Kereta BMW miliknya itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran WGG 23 manakala dua buah Mercedes itu bernombor WDS 25 dan WDN 2.
Sekitar tahun 1993, Sukma mengaku menjemput Anwar dan Azizan Abu Bakar, pemandu isteri Anwar ke rumahnya di Tivoli Villa.
“Saya janji dengan Azizan agar datang ke Tivoli Villa pada pukul 7.30 petang. Pada pukul 7.00 petang saya menjemput Anwar dari rumah rasmi beliau. Setelah kami bertiga bersama, Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua. Selepas Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya”, kata Sukma.
Ketika kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.
Bermula dari sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan itu telah mengambil masa selama satu tahun empat bulan sehingga diputuskan hukuman bersalah pada 8 Ogos 2000 oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

sumber dari AIDC...

No comments: