www


Thursday, March 24, 2011

saya bangga dengan memakai baju berlambang UMNO

saya sememangnya merasa bangga dengan menyarungkan baju yang mempunyai lambang UMNO di baju saya. kerana, sedikit sebanyak saya telah mempromosi lambang parti yang memerintah kerajaan malaysia ke mana sahaja saya pergi. mengapa saya perlu malu pulak untuk memakai baju yang mempunyai lambang UMNO kan. bagi saya, parti UMNO terlalu banyak sangat jasa terhadap masyarakat di malaysia kerana memperjuangkan nasib orang melayu suatu ketika dahulu seterusnya parti UMNO jugalah yang dapat memerdekakan tanah melayu ini dari jajahan british tanpa mengalirkan darah.. 

kenapa saya tidak mahu memakai baju yang berlambangkan parti pembangkang di dalam negara malaysia seperti baju parti dari pas mahupun pkr? bagi saya, mereka tiada apa pun sumbangan terhadap masyarakat kecuali mengambil alih kerajaan dan duduk sambil mengoyangkan kakinya sambil mengritik kerajaan pusat dengan perkara yang tidak sepatutnya. tidak membela nasib masyarakat setempat dan sebagainya. pas pula mengelarkan parti mereka adalah sebuah parti berasaskan islam tetapi prinsip itu tidak ada lagi pada hari ini. pkr pulak hanya memporak perandakan kehidupan di dalam masyarakat di malaysia selain merosakkan banyak sistem2 yang ada di malaysia. tidak bersyukur dengan apa yang di sediakan oleh kerajaan dan sebagainya.. itulah sebab saya tidak suka untuk memakai baju dari parti pembangkang kerajaan malaysia.

lagipun saya tidak bermaksud untuk membenci kepada ahli2 pakatan kencing rakyat. sebaliknya tidak menyokong mereka dengan permainan politik yang agak exstrem dan ganas yang diamalkan oleh segelintir ahli mereka... maklumlah... saya di besarkan dengan hasil wang kerajaan pusat. sebab ayah saya merupakan bekas pekerja T.N.B . alhamdulillah saya di besarkan dengan diberi pendidikan yang di sediakan oleh kerajaan. kalau saya sakit, saya akan pergi ke klinik yang disediakan oleh kerajaan. semuanya cukup untuk saya. apa lagi yang saya mahu ? takkan saya nak minta kerajaan bagi saya makan pulak. dan apa pulak tugas saya sebagai hamba Allah jika tidak melakukan apa2 di dalam dunia ini kan. 

saya merasakan kerajaan malaysia hari ini sangat menjaga kebajikan masyarakat di malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum. syukurlah kita kepada Allah taala kerana telah memberikan negara kita pemimpin yang adil. sokonglah UMNO/BARISAN NASIONAL untuk terus mengekalkan semua ini. jangan kita gadaikan tanah melayu ini kepada DAP yang sedang menjadikan PAS dan PKR kambing hitam. 

umno menjadi juara di hati rakyat malaysia.

                                                                                                                              > wan motor <

No comments: