www


Saturday, March 26, 2011

terima kasih TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD !!!

jutaan terima kasih diucapkan ke atas kepekaan bekas perdana menteri malaysia iaitu tun dr mahathir kerana segera memecat DATUK SERI ANWAR IBRAHIM sewaktu ketika dahulu. walaupun sejak sekian lama saya sebenarnya tidak mempercayai tentang penglibatan ANWAR IBRAHIM di dalam kes liwatnya tetapi pada hari ini saya merasakan bahawa anwar ibrahim sebenarnya lebih teruk dengan apa yang saya dapat gambarkan...

walaupun lebih dua tahun ini saya bergiat cergas di dalam alam maya untuk mempertahankan kerajaan yang di pimpin oleh kerajaan barisan nasional, saya belum mempercayai bahawa anwar ibrahim pernah terlibat dengan kes liwat yang di hadapinya. kerana saya berangapan bahawa anwar ibrahim mempunyai pendidikan agama yang baik serta pernah menjadi presiden ABIM. tidak pernah saya jangkakan yang anwar akan terlibat dengan liwat... sebab itu selama dua tahun ini saya tidak pernah menyebut yang anwar adalah seorang peliwat kepada umum.. cuma saya selalu bercakap tentang penolakkan perjuangan parti pembangkang yang di bawa kepada masyarakat malaysia sahaja. saya akan sedaya upaya menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan selalunya melalui facebook dan kadang-kadang melalui blog. saya agak kesal sebenarnya dengan apa yang saya lihat... rupanya2 benar apa yang orang katakan tentang anwar ibrahim ini... hmmmm... apa lah nak jadi dengan pemimpin pembangkang ni...

dulu saya sangat memuji kombinasi 1-2 di antara tun mahathir dan anwar ibrahim semasa mentadbir negara. maklumlah masa itu saya masih lagi di bangku sekolah.. kalau tak silap masih lagi di darjah 5... tapi hari ini saya cukup bencikan anwar ibrahim yang sedang memporak perandakan masyarakat di malaysia kerana beban yang di tangungnya.. rakyat menjadi mangsa kerakusan politiknya yang bercita cita menjadi PERDANA MENTERI !!! geramnya !!!

apa-apa pun saya tetap respect tun M kerana keberaniannya sewaktu mengambil keputusan untuk memecat anwar ibrahim. nasiblah anwar di singkirkan .. kalau tidak dapatlah kita perdana menteri dari golongan seks bebas dan peliwat.

hati-hatilah kita untuk memilih pemimpin yang boleh memimpin dan mentadbir negara kita ini. jangan kita marahkan segelintir wakil rakyat dari kerajaan yang ada hari ini dan kita mengambil keputusan untuk menukar kerajaan dengan memberikan pembangkang untuk mentadbir negara malaysia. jadilah kita sebagai rakyat yang rasional dan sentiasa mempunyai sikap kesyukuran yang tinggi. insyaallah Allah akan terus melindungi negara malaysia dari segala bahana yang bakal mendatang.

marilah rapatkan BARISAN di hadapan bagi terus menyokong UMNO untuk mempertahankan negara islam ini dari di jajah oleh PAKATAN jahat segelintir parti.

nurkilan wan motor

No comments: