www


Saturday, March 26, 2011

SAH !!! ZAID IBRAHIM MENGAKU AKSI DALAM VIDEO ITU ADALAH ANWAR IBRAHIM !!!


Ada satu hal tentang Datuk Zaid Ibrahim yang banyak daripada kita setujui.Beliau ini jenis cakap lepas dan dikenali seorang yang tidak banyak berdolak dalik. Sebab itu barangkali Datuk T pun terdorong ajak beliau joint sekali tengok video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AGENDA NEWS melaporkan Presiden Parti KITA yang pernah satu ketika jadi orang kanan PKR menulis di dalam blog peribadi dan juga kepada media mengaku secara terbuka sudah tonton video yang kini menjadi bualan ramai.Dari sudut pandangnya beliau percaya lelaki dalam aksi video itu adalah Anwar.

“Ramai yang tanya soalan yang salah juga buat andaian.Isu utamanya adalah apakah video tersebut tulen,” kata beliau.

Menurut Zaid,sekalipun percaya lelaki di dalam klip video itu adalah Anwar beliau tidak dapat menentukan adakah rakaman tersebut benar atau palsu.

Menceritakan dari mula,kata Zaid,apabila kali pertama beliau tahu tentang kewujudan video tersebut (Isnin),beliau sendiri teruja seperti orang lain.Sehari kemudian,beliau menerima panggilan telefon minta beliau hadir menyaksikan tayangan tersebut di mana beliau bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan dua yang lain.Menurut Zaid apabila melihat klip video tersebut,beliau tahu itu Anwar.

UNTUK ARTIKEL LEBIH PANAS


No comments: