www


Tuesday, March 22, 2011

Precedent Case : Anwar pernah dihukum bersalah bersubahat dengan Sukma meliwat Azizan Abu Bakar



Anwar-Sukma



AIDCNews
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dihukum bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000.
Bermula dari sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan itu telah mengambil masa selama satu tahun empat bulan sehingga diputuskan hukuman bersalah oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. 

AnwarliwatAzizan
Anwar, Azizan dan Sukma

Pada 7 Jun 1999, Anwar dibicarakan bersama-sama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersubahat dengannya melakukan persetubuhan di luar tabii ke atasAzizan Abu Bakar di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Anwar yang disenaraikan sebagai tertuduh pertama manakala Sukma pula adalah tertuduh kedua.
Pihak pendakwa terdiri dari tujuh orang diketui oleh Tan Sri Tan Sri Mokhtar Abdullah (Peguam Negara), Datuk Abdul Gani Patail (Timbalan Kanan Pendakwa Raya), Azahar Mohamed (Timbalan Kanan Pendakwaraya), Mohd Yusof Zainal Abiden (Timbalan Kanan Pendakwaraya), Stanley Augustin (Timbalan Pendakwaraya), Nordin Hassan (Timbalan Pendakwaraya) dan Shamsul Sulaiman (Timbalan Pendakwaraya)
Peguambela Kes Liwat Anwar 1999


Anwar pula menggunakan sembilan orang penguam bela diketuai oleh Christopher Fernando, Raja Aziz Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Sulaiman Abdullah, S.N. Nair, Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin dan Robin Choy
Manakala Sukma pula menggunakan tiga orang peguam mewakili dirinya, diketuai oleh Karpal Singh, dan dua orang anaknya, Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.
Peguambela Sukma


Pada 21 Jun 1999, Karpal Singh menyertai pasukan peguam bela Anwar, manakala dua orang anak Karpal kekal menjadi peguam Sukma.Klik di sini
Ketika itu, Datuk S. Nallakaruppan menyokong Anwar dan Sukma yang diwakili oleh peguamnya Manjeet Singh Dhillon.
Dalam membuktikan kesalahan Anwar dan Sukma pihak pendakwa mengemukakan sembilan orang saksi iaitu Azizan Abu Bakar, Dr Mohd Fadzil Man, Tun Mohd Haniff Omar, Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Andrew Leong, Dr Abel W K Arumugam, SAC 1 Musa Hassan, dan P Kathirvelayudham.
Saksi pertama pendakwa adalah Kathirelayudham a/l Palaniappan atau dikenali P. Kathir, 52 yang merupakan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret, Kuala Lumpur. Beliau dipanggil untuk mengemukakan semua fail rekod prosiding berhubung nota prosiding kes pendakwa lwn Sukma yang bernombor 62-135-98.
Nota prosiding itu mengandungi kertas pertuduhan, nota keterangan, fakta kes dan lampiran pengakuan salah Sukma.
sukma darmawan
Abdul Karim Abdul Jalil, 40, seorang Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula memberitahu pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibuat di hadapannya pada 3.50 petang, 17 September 1998 adalah secara sukarela tanpa ugutan, paksaan, pujukan atau janji.
Dr. Mohd. Fadzil, 48, seorang ahli psikiatri, memberitahu bahawa adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pernah mendapatkan rawatan di kliniknya, Pakatan Medik, Lot 354, Tingkat 2, di Pusat Membeli-Belah Ampang Park, Jalan Ampang pada 10 November 1994.
Dr. Mohd. Fadzil berkata, daripada pengamatan dan pemeriksaannya, beliau mendapati Sukma menderita penyakit ‘depression’. Ketika ditanya lanjut Karpal yang mewakili peguam Sukma meminta kebenaran mahkamah mendengar perbicaraan secara tertutup. Para wartawan yang meliputi kes itu dan orang awam termasuk ahli keluarga Anwar dan Sukma diarahkan keluar dari mahkamah.Klik di sini
Seorang lagi doktor, Dr. Abel W.K. Arumugam, pakar bedah di Pusat Perubatan Subang Jaya pula mendedahkan Sukma pernah datang menemuinya sebagai pesakit pada bulan Jun 1997.
Dr. Abel berkata, beliau telah memeriksa Sukma dan menasihatkannya supaya menjalani pembedahan kerana mengalami koyak (fissure) dan pendarahan (haemorrhage) di bahagian duburnya. Menurutnya Sukma dibedah pada 21 Jun 1997.
AnwarSukmaAnees
Sukma, Munawar dan Anwar


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd. Haniff Omar memberitahu Mahkamah Tinggi, Anwar menjalin hubungan intim ‘berunsur seks’ dengan dua orang warga negara asing pada tahun 1993.
Seorang daripadanya, Munawar Annes, rakyat dari Pakistan dan mempunyai taraf penduduk tetap (PR) Amerika Syarikat.
Menurut Haniff, beliau juga memberitahu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Oktober 1993 tentang kebimbangannya andainya Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan terdedah kepada tindakan peras ugut.
Bagaimanapun, menurut Haniff, Perdana Menteri (PM) tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap maklumat yang disampaikan kepadanya.
Ekoran pendedahan maklumat itu, Anwar telah menghantar wakilnya Datuk Andrew Leong untuk menyampaikan pesan kepada Tun Haniff bahawa beliau ingin berjumpa dengan bekas Ketua Polis Negara itu di kediamannya, pada waktu Subuh keesokannya.
Haniff memberitahu, selepas itu beliau pergi ke rumah Anwar di No. 8 Jalan Setiamurni, Bukit Damansara sebagaimana yang diminta dan Leong yang membuka pintu dan mempelawanya masuk. 
Semasa bertemu dengan Anwar, Haniff berkata, Anwar bertanya sama ada sudah ramai pegawai yang mengetahui perkara yang disampaikan kepada PM. Dalam perbulana itu Anwar bertanya kepada Haniff adakah maklumat itu bertujuan untuk memblack mail dirinya. Haniff berkata bukan soal blackmail, tetapi sepatutnya Anwar menghentikan perbuatan terkutuk itu. 
Senior Asistan Komisioner 1 Musa Hassan mendedahkan dalam afidavitnya di mahkamah berkenaan pengakuan Datuk S. Nallakaruppan bahawa dia memperkenalkan tiga orang wanita bernama Ann, Syarifah dan Norlela kepada Anwar.
Norlela ialah pekerja di butik milik Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Hotel Hilton, manakala Ann dan Sharifah diperkenalkan oleh Nallakaruppan. Anwar bertemu ketiga-tiga wanita itu di apartmen di Tivoli Villa,di mana Anwar mempunyai kunci apartmen tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K Lim dan Nallakaruppan secara peribadi.
Dalam afidavit itu juga Nalla mengakui Anwar mempunyai hubungan dengan Shamshida Taharin. Kata Nallakaruppan, pada hari sepatutnya mereka menjemput Shamsida, Anwar lazimnya menghubungi wanita itu melalui telefon terlebih dahulu. Shamsida akan menunggu di kompleks membeli belah Bangsar, Nalla akan mengambilnya dan meninggalkan pasangan itu di coffee house Tivoli Villa, dan datang semula selepas 45 minit kemudian. 
Anwar-Shamshida-Afifah
Saksi utama pendakwa, Azizan Abu Bakar,38 memberitahu Mahkamah Tinggi tentang beliau diliwat oleh Anwar adalah suatu kebenaran. Beliau yang merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar telah menceritakan secara terperinci kejadian liwat itu dalam perbicaraan tertutup.
Azizan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar sebanyak 10 hingga 15 kali sejak tahun 1992, di Hotel Holiday Villa dan Hyatt Saujana Subang, serta di sebuah bilik tetamu di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri.
Beliau juga membuat pendedahan bahawa Anwar meliwatnya buat kali pertama di sebuah banglo di Port Dickson, Negeri Sembilan. Semua kejadian itu berlaku sebelum beliau diliwat di apartmen mewah Tivoli Villa, Bangsar.
Mahkamah juga turut diberitahu tentang sejarah hubungan ‘keluarga angkat’ di antara Anwar dan Sukma. Sukma berkata, dia dilahirkan pada 25 Jun 1961 di Jakarta, Indonesia, dan merupakan anak yang ke-11 daripada 12 orang adik-beradik.
Menurut Sukma, dia dihantar oleh bapanya berhijrah ke Malaysia pada bulan Februari 1977 dan memulakan persekolahannya di Yayasan Anda di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Sukma menyatakan, dia memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan (ketika itu dikenali sebagai Higher School of Certificate) pada 1990. Walau bagaimanapun dia mengaku bahawa di antara tahun 1980 hingga 1983, dia tidak bersekolah.
Sukma memberitahu, dia menetap di rumah bapa angkatnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu bapa Anwar, di Petaling Jaya sejak berhijrah ke negara ini.
Menurut Sukma lagi, segala perbelanjaan persekolahannya ditanggung oleh bapa Anwar.
Menurut Sukma lagi, dia mula menceburkan diri secara serius dalam urusan perniagaan dengan membuka sebuah syarikat pada pertengahan 1991.
Sukma turut mengakui bahawa dia mempunyai tiga buah kereta mewah – sebuah jenis BMW 523i dan dua Mercedes Benz model C280 dan 300S. Kereta BMW miliknya itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran WGG 23 manakala dua buah Mercedes itu bernombor WDS 25 dan WDN 2.
Selain itu, Sukma menyatakan dia memiliki sebuah pangsapuri bernombor 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar yang dibelinya dengan harga lebih kurang RM400,000 pada penghujung tahun 1992. Dia juga turut mengakui menerima sumbangan wang daripada Anwar sebanyak RM100,000 untuk mengubahsuai pangsapurinya itu. 


Dalam laporan keputusan bertulis Hakim Datuk Ariffin Jaka, yang dikeluarkan pada 30 April 2001, setebal 206 halaman itu, beliau memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar dan enam tahun ke atas Sukma.
Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;
1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.
2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.
3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.
4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.
5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.
6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.
7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.
8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.
9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.
10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..
Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah

No comments: