www


Wednesday, January 26, 2011

minuman arak di sajikan semasa ceramah cikgu mala?

Ceramah Politik anjuran PAS di Tenang telah dikejutkan dengan hidangan arak di sebuah Kampung Cina di Tenang. Ini diceritakan sendiri oleh salah seorang ahli PAS yang hadir di ceramah tersebut. Beliau yang berang dengan kejadian tersebut mendakwa alasan yang diberikan penganjur ceramah adalah jumlah keseluruhan seramai 150 yang hadir ke ceramah tersebut kebanyakannya berbangsa Cina.



Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Tok Chi mendakwa tindakan penganjur itu sebenarnya mengejutkan beliau dan rakan2 kerana ianya akan mencemarkan imej PAS yang seringkali berkempen mengelak dari perbuatan keji termasuklah minum arak. Ianya juga katanya menafikan apa yang diperjuangkan PAS Selangor yang melarang umat Islam bekerja di premis yang menjual dan menghidang minuman keras tersebut. Kami cuba menangkap gambar beliau akan tetapi beliau meminta jasa baik agar tidak dipamerkan wajahnya.

Tindakan Tok Chi yang marah menyebabkan beberapa Jawatankuasa Program mententeramkan beliau lalu meminta beliau beredar dari ceramah tersebut. Tok Chi sangat kesal dan jika inilah yang dipamerkan pihak jentera, PAS tidak akan dapat menambat hati pengundi Melayu seterusnya perjuangan PAS akan kian tersasar.

1 comment:

Bicara Perjuangan said...

pengundi PAS tertipu kerana perkataan Islam yang ada di PAS itu....ish2..